Monday, January 10, 2011

Sembilan sekolah terjejas dibuka semalam

HULU TERENGGANU: Sembilan sekolah di daerah ini yang ditutup akibat banjir Khamis lalu dibuka semula semalam kecuali Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadok kerana keadaannya amat teruk.
Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Shafruddin Ali Hussin berkata, sembilan sekolah yang sudah dibuka ialah SK Lubuk Puyuh, SK Matang, SK Bukit Tadok, SK Teris, SK Kuala Jeneris, SK Lerek, SK Sungai Buluh, SK Kuala Ping dan SK Kua.

Beliau berkata, semua sekolah di daerah ini ditutup Khamis lalu kecuali sekolah di kawasan pekan Kuala Berang.
“Sepatutnya SK Bukit Tadok sudah dibuka hari ini (semalam) tetapi disebabkan kawasan sekitar dan dalam kelas begitu kotor serta tidak terurus maka pihak sekolah membatalkan sesi persekolahan dan akan dibuka esok (hari ini).

“Walaupun ditenggelami air hampir satu meter, kita bersyukur kerana tiada barang yang rosak cuma pagar gelanggang bola tampar mula bergoyang serta lantai pecah dan ia akan dibaiki secepat mungkin sebelum berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...