Sunday, January 9, 2011

Bumbung terbang dipukul ribut

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berserta ribut yang melanda bandar raya ini sejak kelmarin hingga awal pagi semalam menyebabkan beberapa rumah dan kedai rosak akibat bumbung diterbangkan angin selain ditimpa pokok.
Lima rumah dan sebuah kedai keropok lekor di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok membabitkan sebuah rumah di Kampung Kolam dan Gong Tok Nasek selain tiga rumah Kampung Rajawali serta sebuah kedai keropok lekor di Kuala Ibai rosak.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sebuah rumah rosak ditimpa pokok manakala selebihnya tercabut bumbung serta mengalami kerosakan kecil.

Katanya, beliau meminta pihak kontraktor membuat penilaian kerosakan semua rumah terbabit kerana pembaikan segera rancang.

“Kerajaan negeri memberi jaminan akan bantu semua mangsa dan kita akan dapatkan senarai sebenar rumah yang terbabit dengan kejadian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...