Monday, August 2, 2021

SAAT UJIAN ITU DATANG

Saat PKP ini ramai yang sedang diuji, terutamanya ujian harta wang ringgit dan pangkat. 

Suatu ketika dahulu kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kini kita diuji dengan sempitnya rezeki. 

Hari demi hari ditekan dan kini hampir 2tahun diuji. Adakah cukup sampai disini sahaja? sudah pasti hanya allah sahaja yang mengetahui akan isi seisi alam ini. 

Apakah benar semua ini dicipta oleh manusia untuk mengurangkan populasi penduduk? sekiranya tanpa izin ALLAH semuanya tidak akan berlaku dan percayalah setiap bencana yang berlaku adalah kerana tangan-tangan manusia itu sendiri. 

Kita diberi nikmat yang terlampau banyak tapi kita tidak bersyukur, Terlampau ramai manusia dimasa kini yang leka dengan dan tidak bersujud kepadanya. 

Buat insan yang sedar bahawa dunia ini adalah sementara, sesungguhnya anda adalah insan yang bertuah. Buat insan yang masih lalai dan tidak sedar akan ujian ini, semoga di beri petunjuk sebelum semuanya berakhir. 

semoga kita semua jadi insan dan pemurah, rendah diri, tidak angkuh serta sombong, serta mentaati perintah yang maha berkuasa. 

akhir kata, semoga anda semua mampu harungi liku-liku penyakit berjangkit ini dan sentiasa berada dibawah lindungan yang ESA. 

 

No comments:

Post a Comment

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...