Orang cakap jangan berhenti kerja kalau:-
- Duit emergency tak boleh cover 6 bulan perbelanjaan
- Tiada skills yang cukup untuk buat business
- Tiada Mindset 'kerja keras' adalah cara untuk berjaya
- Tak bersedia untuk bekerja sehingga 12-16jam sehari
- Sentiasa bagi alasan
Point-point diatas kamu boleh dapat dari page/page atau talk pakar-pakar kewangan tapi apakah relevennya dengan kehidupan aku.
Sudah hampir 1 dekad aku bekerja sejak dari Tahun 2011. Kejayaan yang aku gapai sejak 1 dekad yang lalu adalah, 2 buah rumah (beli subsale masih hutang dan sedang disewakan dengan 100% penyewa bayar installment - wlwpn refinance), kereta 2buah (dalam tempoh PKP aku berjaya langsai semua hutang dari hasil moratorium), moto 1 buah (duit ptptn masa bljr dlu), tanah tapak rumah di kampung (untuk pencen tapi modal untuk bina rumah belum ada lagi, dlm proses untuk refinance rumah untuk dapatkan cash back untuk bina rumah ), tiada outstanding kad kredit dan sedikit simpanan iaitu cash dan emas yang cukup untuk survive 1 tahun serta bebas dari sebarang pinjaman peribadi (berjaya di langsaikan pada tahun lepas, mohon moratorium dan semua duit gaji dan sewa d kumpul untuk langsai segala hutang yang interest tinggi)
Kejayaan sampingan yang di perolehi, aku juga mempunyai 'side income' namun tidaklah berjaya seperti orang lain. Cukup hanya sekadar untuk menampung duit 'shopping' keperluan anak-anak dan aku bersyukur serta berhasrat untuk mengembangkan perniagaan seperti orang lain. sekiranya ia berjaya dijadikan sebagai backup side income aku bersedia untuk memberi tumpuan keatas perniagaan tersebut.
Kerja keras dan kerja sehingga 12-16jm ni aku masih belum mampu nak tanggung, maka aku haruslah??? Terus berfikir. Tapi buat masa ini, bagi yang menyewa premis (pemilik tidak bagi diskaun atau penangguhan sewa) tapi tiada income masuk sebab PKP, moga-moga anda hold dlu premis anda dan sewa kembali setelah keadaan dah kembali stabil. buat masa ini eloklah hanya fokus online sahaja (stok disimpan di rumah sendiri). Namun sekiranya anda masih ada lebihan modal untuk menyewa premis sehingga 6bln-12bln, bolehlah meneruskan niat untuk menyewa premis tersebut. Hiduplah sederhana buat masa ini kerana kita tidak tahu sampai bila semua ini akan berlanjutan.
No comments:
Post a Comment