Selamat sejahtera buat pembaca sekalian. Semoga semua dalam keadaan yang baik di musim PKP ini. aku tahu ramai yang dalam keadaan sukar buat masa ini kerana kelembapan ekonomi sejagat. Disini ingin aku berkongsi sedikit pengalaman, pengalaman ini bukanlah untuk menunjuk bahawa aku orang yang hebat. owh tidak sama sekali. ia adalah sekadar pembakar semangat buat orang-orang yang ingin meneruskan kehidupan yang lebih baik semata-mata. aku tidak pandai menulis cuma aku ingin katakan bahawa Yang Baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan.
Pada tahun 2005 aku menduduki peperiksaan SPM dan berpeluang menyambung pendidikan dalam bidang pembinaan selama 5tahun di universiti tempatan. seperti akukatakan aku bukanlah insan yang hebat, keputusan semasa belajar juga bukanlah hebat mana, cuma aku berbekalkan AZAM. begitu juga sekarang, setelah hampir penat lelah, masih juga usaha sehingga hujung nyawa.
Setelah tamat pendidikan pada pertengahan tahun 2011 selepas itu aku bekerja biasa di sebuah pasaraya selepas itu pada awal tahun 2012 aku mula mendapat tawaran dalam bidang pengajian yang aku pelajari. Gaji yang agak rendah pada saat itu, hanyalah 1.2k sebulan tp lebih tinggi dari gaji pasaraya yang pada saat itu jumlah tersebut sebenarnya agak besar.
Saat itu aku masih tidak mengerti mengenai komitment kewangan dan aku fikir wang gaji yang aku dapat itu sungguh besar dan aku hampir menyimpan sehingga 80%, almklm pada waktu itu aku tinggal dengan keluarga iaitu tidak perlu bayar duit sewa melainkan duit minyak motosikal yang aku beli hasil dari duit PTPTN (berharga RM2000 moto 2nd yang aku pakai sehingga kini, skrg suami pakai buat kerja). kerana saat itu aku tahu yang keberkatan itu datang jika kita menyumbangkan gaji kite kepada orang tua kita. sejak 2011 aku mula bekerja sehingga 2021 sekarang tidak pernah walau sekali aku lupa untuk menyumbang kepada diaorang walaupun ada seringgit dan asbab perbuatan aku ini juga aku yakin yang sukar buat aku untuk menjalani kehidupan tanpa sesuap makan. maksud aku rezeki yang tidak pernah kering.
Tahun 2012 bekerja sebagai site qs yang di transfer ke tapak yang jauh dari kampung halaman. syukur saat itu gaji ada kenaikan dan dapat elaun serta dapat kemudahan rumah sewa serta kereta. maka dengan itu macam biasa duit gaji yang diperolehi kebanyakannya adalah disimpan. Setelah hampir setahun lebih aku bekerja di tapak tersebut, oleh sebab pengurusan kewangan syarikat yang tidak baik aku dapat bayangkan akan kejatuhan syarikat pada saat itu. namun aku bertindak pantas iaitu mencari backup kerja di tempat lain dan alhamdullilah aku dapat peluang kerja di tempat aku menuntut ilmu. dengan kadar bayaran 30% lebih tinggi. aku seorang yang tidak suka undur atau pandang belakang. bukan semata-mata mengejar gaji yang besar tapi aku juga manusia yang sukakan ilmu, walaupun sudah bekerja, aku tetap luaskan ilmu pekerjaan, sebenarnya bidang professional ini bukan 1 bidang semata-mata. walaupun anda diberi jawatan A tapi anda perlu juga menuntut ilmu B dan C.
walaupun aku bekerja sebagai qs tetapi aku juga mengasah skill aku sebagai planner, QAQC atau Engineer, aku cungkil segala ilmu daripada beliau dan upgradekan skill aku. Peluang kerja kedua aku adalah sebagai Site coordinator. Oleh sebab aku mempunyai kepakaran/ilmu dalam pelbagai kerja aku mampu melaksanakan kerja tersebut dengan baik. seperti biasa, korang akan faham bahawa setiap syarikat akan meminamakan kos pengurusan, sekiranya staff beliau mahir dalam segala bidang itu adalah lebih baik dari dia melantik ramai-ramai pekerja dalam satu tempat kerja. Kerja banyak? sebenarnya kerja yang banyak itu akan labih mudah jika kita ada skill serta pantas dalam menguruskan sesuatu pekerjaan. kaedah ini berkesan untuk projek kecil sehaja. sudah pasti jika volume projek itu besar perlukan pekerja yang ramai. tidak dinafikan tapi aku ada target aku sendiri.
Aku adalah insan yang aktif dan akan mudah merasa bosan sekiranya pekerjaan aku tidak berjalan dengan baik, dari hari ke hari, tahun ke tahun pekerjaan seperti biasa, sekiranya aku bosan aku akan tukar pekerja sehinggalah tahun 2017 iaitu era pembangunan teknologi yang makin pesat. aku mula memulakan pekerjaan sampingan, alang-alang era teknologi makin pesat kenapa kita tidak aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Macam aku katakan tadi, hidup aku, aku ada target aku tersendiri, aku orang yang tidak suka bekerja dengan syarikat yang besar yang terlampau banyak protokol kerana aku lebih suka bekerja dengan bos yang boleh direct komunikasi. Oleh sebab aku tidak suka libatkan diri dengan syarikat besar aku cari syarikat yang kecil tapi berpotensi untuk kekal. ya kekal.
saat semua struggle untuk mengekalkan jawatan dan pekerjaan, syukur aku masih kekal bekerja seperti biasa dan tidak terkesan dengan apa yang berlaku walaupun suami aku sendiri salah seorang mangsa diberhentikan kerja kerana Covid-19 yang sehingga sekarang pekerjaan beliau masih belum pulih dan kini telah beralih bidang ke bidang perkidmatan yang aku rasa juga bagus untuk masa sekarang. juga tidak d nafikan pekerja yang datang silih berganti tetapi aku tetap disini, kenapa? kerana ilmu yang aku ada. ya ilmu. saat sekarang mustahil untuk syarikat mempunyai pekerja yang ramai kerana dana dan kesukaran untuk mencari projek yang baru. untuk makluman, syarikat yang aku kerja sekarang hanyalah sebuah syarikat kontraktor projek jalan yang mana kita semua tahu bahawa jalan juga keperluan buat kita semua, bukan sahaja makan semata-mata. dalam memilih pekerjaan/menyambung pelajaran sekurang-kurangnya kita kena tahu market yang kite ceburi di masa depan samaada cerah atau sebaliknya dan sudah pasti semuanya adalah berbalik kepada rezeki. Yakinlah rezeki yang DIA akan kurniakan.
Dalam pekerjaan jangan pernah ada sikap tanguh, nanti dan lain kali, pastikan kerja yang diberikan itu siap sebelum anda memberi perhatian pada urusan lain. seperti aku, kerja bidang profesional tidak semestinya sibuk sepanjang masa, kadang-kadang sibuk sampai makan pun tidak sempat, kadang-kadang mengantuk bagai nak gila sebab tidak ada kerja yang hendak diuruskan. Hidup kena lebih bijak, sekiranya anda berkemampuan, tidak salah untuk mengisi masa anda itu dengan urusan yang lebih berfaedah. Aku mula mendaftarkan diri sebagai seorang agen takaful kerana pekerjaan aku sekarang yang hampir 9tahun ini ada ruang-ruang kekosongan oleh sebab itulah, untuk mengelakkan dari ada perasaan rasa nak berhenti bekerja, maka aku ceburkan diri sebagai partime agent takaful am. kadang-kadang aku juga buat kerja freelance professional as a planner. untuk apa? kerana hidup ini adalah suatu perjalanan. suatu saat pasti ada penghujungnya dan yang pasti apa yang aku lakukan itu amat membantu saat semua terkesan dengan ekonomi masa kini.