Monday, November 21, 2016

Gardenia Pizza Wei

Okey inilah cara-caranya.

  • Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti still lembut selepas roti di bakaq nanti. Pehtu ampa sapu roti tu dengan tomato puri.
  • Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi
  • Kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala, kepingan ayam dadu atau ikut suka laa nak letak apa ikut selera dan bajet. Tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi. Akhir sekali ampa taburkan mozarela cheese (bahan hak ni yang paling mahai sekali) untuk mendapatkan cheese yang bertali apabila di makan nanti.
  • bakaq pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.

Thursday, November 10, 2016

Subsidi

wahai subsidi..

alkisahnya, mcm2 subsidi kena tarik ni...aku jadi menyampah untuk membeli..knp plak? yela.. ape tak nya.. subsidi yang ditarik tu 30sen 40sn je tp mak ai harga barang tu naik sampai 1 hinggit lebih.. tak ke menyakitkan hati kalau nak membeli.. betol ke idok.. ni kes subsidi minyak masak.. padahal 40sen je pn, tp nak ke beli minyak yang naik 40sen sekilo tu xjumpa, yang naik nye 1 hinggit lebih 1 kilo.. nak cari yang paket mmg x kn dpt la.. (xpela aku bg pd yg mmerlukan) tp menyakitkn hati je nengok btol 5kg tp harga dkt 25 hinggit.. angin je aku.. kualiti xde la gempak mane pun..huhu..

pape pun hal ni x menjadi kudis pun pada aku.. kehidupan yang lebih sihat di utamakan, dan kurang la goreng2 dalam masakan aku.. yg aku guna hanya lah majerin.. elok ke idok xthu la..aku malas nak mengkaji.. tp x byk pn..stkt goreng nasi skali skale n tumis skali skale, lain2 aku masak tanpa minyak..

semoga pemimpin kite ni buat keputusan dengan bijak.. tarik subsidi itu ini aku xkisah sgt.. tp kne cekap lah bantu org miskin.. cepat2 la edar duit bantuan tu..kalau boleh tiap2 bln la.. sbb dia org ni nak mkn hari2.. betol ke idok..

well guys..bye..

Tuesday, November 1, 2016

Keropok Lekor Terengganu

Bahan-Bahan:
12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Bahan Sos –
Cili yang dikisar
Air asam jawa
Gula Melaka
Tepung jagung
Garam, gula, dan cuka

Cara Membuat:
1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
2. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
3. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
4. Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
5. Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terus dengan menggunakan minyak banyak.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.

Cara Membuat Sos –
1. Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan cili yang sudah di blend, gula melaka dan air asam jawa.
2. Bila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan cuka. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

Popiah sira gula

bahan2.
  1. kulit popiah 1 paket..
  2. minyak tuk mengoreng...
  3. gula pasir @ gula halus tuk sira(blh juga mesin gula biasa tuh)
  4. chopstik cina (tuk mengulung, sama ada yg kayu atau plastik)
  5. putih telur (tuk di sapu di hujung kulit popia, supaya melekat)
  6. gunting tuk memotong.

cara2.
  1. amik kulit popiah.
  2. gulung dengan menggunakan chopstik. (jgn gulung terlalu ketat, nnt susah nk kluarkan)
  3. keluarkan chopstik dr kulit popiah yg sdh di gulung.
  4. di akhir gulungan kulit popiah itu, sapu dgn putih telur supaya melekat.
  5. potong kecil2 kulit popiah mngikut citarasa anda.
  6. goreng popiah yang sudah di potong itu dgn myk yang panas (tp jgn terlalu panas, nnt cpt hangit).
  7. goreng shingga kekuningan.
  8. angkat n toskan.
  9. sejukkan sekejap.

untuk sira gula.
  1. gaulkan popiah yang sudah di goreng td dgn gula halus atau gula yang sudah di mesin.
  2. letak lam bekas kdap udara
  3. sedia untuk di jamu.
:: bagi yang suka pedas anda juga boleh gantikan sira gula dengan sira pedas::
 
 

Chocolate Chip Cookies

Bahan²

  • 1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan walnut cincang 
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara. 

Popia Goreng


Bahan-bahan (20 biji popia)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 200 mg isi ayam atau daging
  • 2 biji telur
  • Taugeh
  • Sayur campur
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar paste tom yam
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Kulit popia 

Cara-cara
  • Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam/daging dan telur. Gaul hingga sekata.
  • Masukkan kiub pati ayam, paste tom yam dan lada sulah. Masukkan sedikit garam.
  • Masukkan sayur campur dan taugeh. Kacau hingga sekata.
  • Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  • Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

WANTAN

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
80gm tpg ubi/tepung jagung
210-220ml air panas air
Sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara membuat adunan doh:
1.Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan juga minyak masak dalam satu bekas.
2.Kemudian masukkan air panas , sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3.Uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar selama 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.

Bahan-bahan inti:
2 keping dada ayam
12 ekor udang dibuang kulit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 biji lobak (dipotong dadu kecil)
Sedikit daun bawang (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus/ditumbuk halus)
Garam
Gula
1 biji bawang merah (dipotong dadu)
2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit lada sulah/lada hitam
Lada besar (dipotong kecil-kecil)
Sebiji telur ayam (dipukul dahulu)

Cara membuat:
1.Kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya hingga hancur.
2.Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
3.Masukkan telor , lada sulah , minyak bijan, sos tiram dan semua sayur-sayuran dan kacau seketika.
Cara membuat wantan:
1.Panaskan periuk pengukus.
2.Tabur tepung jagung atas papan pencanai.
3.Uli doh dan buat bentuk mengikut citarasa (boleh juga menggunakan penekap karipap).
5.Lapik wantan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada periuk kukusan.
6.Kukus wantan selama 5-10 minit.
P/s:Resepi wantan ini boleh dimakan dengan menggunakan 2 cara samaada dimasak bersama sup atau digoreng dan dicicah dengan sos thai.

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...