Ni Apa Yang Patut Korang Tahu Pasal Hutang Negara Kita!

Tak boleh nafi yang
hutang negara topik hangat setiap tahun. Mesti ada je yang ungkit benda
ni, lagi-lagi orang politik. Macam baru-baru ni, bekas PM Najib Razak cakap kerajaan dah langgar had statutori hutang negara iaitu 62.2% pada akhir tahun 2020. Sepatutnya, had statutori hutang negara adalah 60% (Ogos 2020).
Tapi, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz
cakap hutang negara masih di bawah had statutori (58% pada akhir tahun
2020). Katanya, jumlah hutang negara adalah 54% Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) pada bulan Februari 2021 dan dijangka cecah 58.5% akhir
tahun ni (pun bawah had statutori!). Haish, drama drama!
Jadi, admin pun rasa terpanggil nak tulis berkaitan topik hutang negara yang penting ni dan explain baik buruk dia. Sebelum proceed, korang kena tahu dulu yang hutang negara ni ada 2 jenis:
-
Hutang domestik: Hutang yang diterbitkan oleh kerajaan dalam bentuk bon & sukuk untuk biayai perbelanjaan pembangunan kerajaan setiap tahun.
-
Hutang luar negeri: Antaranya hutang kerajaan yang dimiliki oleh pelabur luar Malaysia, hutang swasta kepada bank-bank kat luar negara, deposit oleh orang luar negara kat Malaysia, nota-nota perdagangan (trade notes - macam invois lah) dari pihak luar negara yang kerajaan kena bayar dalam tempoh tertentu dll.
K, korang ready?
Topik ni penting sebab, nak tak nak, dia akan mempengaruhi polisi dan
masa depan negara kita. Lagi-lagi dari segi ekonomi. Meh admin tunjuk
berapa banyak jumlah hutang negara kita dari tahun 2016 sampai lah 2020.
Korang boleh nampak dari table kat bawah ni yang jumlah hutang negara
untuk 5 tahun lepas, konsisten je bertambah.
Tahun | Jumlah Hutang Negara (RM) |
---|---|
2016 | RM648.476 juta |
2017 | RM685.056 juta |
2018 | RM741.049 juta |
2019 | RM799.108 juta |
2020 | RM820.700 juta |
Jadi, apa keadaan sekarang ni?
Kalau korang nak tahu, defisit negara kita dijangka meningkat ke 6% dari anggaran awal iaitu 5.4%. Kenaikan ni pun disebabkan oleh Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan plan-plan rangsangan ekonomi sebelum ni.
In case korang tak tahu, defisit
ni berlaku bila ada kurangan belanjawan sebab negara kita dah belanja
lebih dari apa yang ada. Nak senang explain, hutang negara kita pun akan
naik berkali ganda sebab defisit kita meningkat.
Tapi, kalau ikutkan situasi sekarang ni, apa je yang kerajaan boleh
buat? Masih ramai lagi dalam kesempitan hidup sebab COVID-19. Ya lah,
ekonomi negara masih tak stabil, bisnes ada yang dah gulung tikar, ramai
pekerja kena buang dan macam-macam lagi. Nak tak nak, kerajaan kena
guna dan keluarkan banyak duit untuk tolong rakyat marhaen cam kita ni
hah.
Mampu ke kerajaan bayar balik hutang negara?
Kena take note yang hutang negara ni tak sama cam hutang biasa. Cuba bayangkan, kalau kerajaan kena bayar balik hutang-hutang ni sama cam cara kita bayar hutang. Tak ke susah nanti kerajaan nak bayar balik?
Untuk kerajaan, dia hanya perlu langsaikan balik bayaran khidmat hutang (faedah) dan prinsipal. Sepanjang tempoh bayaran balik, kerajaan hanya perlu bayar faedah saja. Selalunya, kerajaan akan letak 15% sebagai had siling bayaran faedah daripada jumlah perbelanjaan urusan negara. Bila dah tamat tempoh pinjam, barulah kerajaan akan buat pembayaran prinsipal.
Korang mesti tertanya-tanya, boleh ke kerajaan bayar penuh jumlah pinjaman bila dah habis tempoh? Rupanya, selama ni, bila kena buat pembayaran prinsipal, kerajaan akan buat pinjaman yang baru untuk bayar hutang lama yang dah matang (rollover). Kiranya dia cam bergolek dari satu pinjaman ke pinjaman yang lain. Senang citer, hutang negara ni takkan habis bayar dan sentiasa ada!
Sambil-sambil tuh, kerajaan akan berusaha sehabis baik untuk pastikan
yang ekonomi negara semakin berkembang dan maju. Ni je cara yang
kerajaan boleh buat untuk pastikan hutang negara terkawal. Katakanlah,
kalau hutang negara kita bertambah tapi ekonomi semakin slow, kita ada
masalah dari segi urusan kewangan lah tuh.
Lagi satu, kita tak boleh tengok jumlah hutang negara saja. Ini kerana cara kita ukur hutang negara adalah dengan ikut indikator yang penting dalam mengukur pertumbuhan negara iaitu KDNK. Ni admin jelaskan ikut table seperti yang ada kat atas.
Kalau korang teliti table bawah ni, korang akan nampak yang hutang negara kita dari 5 tahun yang lepas boleh dikatakan terkawal. Kenapa terkawal?
Kalau tengok row ‘Hutang Negara (%) pada KDNK’, korang boleh nampak yang hutang negara around 50% camtu je. Perkara ni menunjukkan yang hasil pendapatan dan ekonomi negara kita masih berkembang dari semasa ke semasa. Kiranya, kita still boleh kawal dan bayar balik hutang-hutang negara.
Tahun | Jumlah Hutang Negara (RM) | Hutang Negara (%) pada KDNK |
---|---|---|
2016 | RM648.476 juta | 52.7 |
2017 | RM685.056 juta | 50.9 |
2018 | RM741.049 juta | 51.2 |
2019 | RM799.108 juta | 52.7 |
2020 | RM820.700 juta | 58 |
Tapi, korang jangan risau. Antara kebaikan hutang negara adalah...
Korang kena tahu yang hutang kerajaan ni hanya dibenarkan untuk tujuan pembangunan negara seperti nak bina hospital dan jalan raya. Kiranya, kalau hutang negara diuruskan dengan cemerlang, kita sebagai rakyat ni akan dapat manfaat-manfaatnya. Bagus lah kan, kalau camtu? Kualiti hidup kita pun ada peningkatan dari masa ke masa.
Selain tuh, hutang negara pun akan mempengaruhi dasar kewangan negara. Disebabkan kerajaan kena bayar faedah hutang-hutang negara ni, nak tak nak, diorang kena sentiasa kukuhkan lagi polisi kewangan macam bajet tahunan negara dan pastikan yang level hutang negara masih lagi terkawal. Ya lah, kalau polisi tak kukuh, camne nak kawal?
Secara tak langsung, bila ekonomi semakin berkembang, kerajaan juga akan berusaha untuk tarik lebih banyak pelabur asing untuk beli bon kerajaan ataupun buat pelaburan langsung asing (FDIs).
Jadi, bila ada pelaburan dari luar negara, ia bermaksud yang masih ada
pihak yang percaya keupayaan dan kewangan negara kita masih lagi kuat.
Apa yang korang boleh contribute?
Topik hutang ni, kita akan selalu kita dengar dari semasa ke semasa
sebab biasalah, ni topik hangat ekonomi dan politik. Nasib baik, negara
kita dah ada undang-undang yang dah letak had siling hutang negara. Ya
lah, kalau takde, lagi tak terkawal. Admin rasa, kita boleh expect yang
hutang negara akan meningkat lagi banyak untuk tahun ni.
Konklusinya, sebagai rakyat, kita hanya boleh harap yang kerajaan mampu uruskan hutang negara dengan baik. Kita pun sebenarnya boleh tolong je kerajaan dalam benda-benda camni. Caranya? Kita kenalah terus sapot lokal, k? Baru ekonomi kita akan start pulih!
kredit to BY Faiz Rahim Updated 31 Mar 2021 - Repost untuk tujuan rujukan
No comments:
Post a Comment