Thursday, July 25, 2019

KRONOLOGI - SUBSALE, APARTMENT NO STRATA, DEVELOPER BANKRUP, MASTER TITLE

Terima Kasih pada yang sudi membaca dan menimba ilmu melalui pengalaman saya.

post ini adalah percuma dan bukan bertujuan mencari pendapatan. Pandangan dan pengalaman adalah percuma.

CUKUP SEKADAR PEMBACA DOAKAN SAYA DIMUDAHKAN URUSAN, DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH, DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK....AMINNN


Kronologi

1. Pada October 2016 saya teringin untuk memilik rumah kedua saya. (saya pindah dari rumah saya kerana mendapat pekerjaan baru) tidak sanggup untuk ulang alik 2jam perjalanan. saya buat keputusan untuk mencari unit murah dan dekat dengan tempat kerja.

2. Mula pencarian dan jumpa 1 unit yang Below Market Value (23%), dimaklumkan apartment ini bukan lah unit yang baik untuk orang yang mempunyai anak kecil seperti saya. Tapi niat saya adalah, dari bayar sewa rumah orang sebanyak RM700sebulan (sia-sia x balik modal) lebih baik saya duduk sambil buat pelaburan dengan beli apartment murah yang mampu penyewa sewa.

3. Saya orang yang tiada duit tapi saya ingin melabur. Rumah yang saya beli ini adalah apartment tingkat 4.  So saya buat pinjaman peribadi untuk membayar Deposit dan Lawyer Fees. Deposit sebanyak RM11,500, Jurunilai RM800, Peguam S&P RM4,800.00, Cukai Keuntungan sebab loan ikut market (owner x x tanggung dan saya tidak kisah untuk bayar) dalam RM1,100 (mungkin - dah lupa), peguam loan RM4,600.00. Jumlah keseluruhan adalah RM22,800.00. pinjaman peribadi yang saya buat adalah sebanyak RM19,000 (bulanan sebanyak RM540 sebulan.

4. Mengikut perkiraan, saya mampu untuk membayar pinjaman peribadi tersebut dan apabila saya mendapat pulangan CASH BACK dari pembelian rumah tersebut, saya ingin memyelesaikan pinjaman peribadi saya itu. YA SAYA ORANG YANG TIADA DUIT - tidak kisah jika anda pandang serong dengan langkah yang saya buat ini. Tapi ini adalah cara saya untuk mendapatkan ASET. sebab bagi saya, tiada orang dalam dunia ni nak bagi duit percuma pada saya.

5. Untuk rumah ini (bulanan RM680) dan Maintenance sebanyak RM50 - Jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM730 sebulan. sekarang saya menyewa RM700 sebulan. so saya pikir jika bagi sewa pada orang bujang (yang masih gagah untuk naik tingkat 4 -walk up). saya boleh cover RM730 tersebut.

6. Okey saya ingin ceritakan tentang proses jual beli, rumah ini saya dapat dari MUDAH.MY, dan saya buat keputusan untuk melihat unit rumah daripada agen. pada mulanya sangat terkilan sebab menurut agen OWNER rumah tidak setuju saya ingin buat loan sebanyak 160K. saya kira saya mampu, why not owner masuk campur urusan saya dengan pihak bank. Saya juga sanggup bayar cukai keuntungan bagi lebihan loan dari harga beli. Tapi saya masih mampu bersabar dan saya sedia untuk buat loan sebanyak 150K. jika masih ada halangan saya tidak jadi untuk beli unit tersebut. saya boleh cari unit lain yang masih banyak di pasaran.

7. Pada bulan 10, 2016 saya buat keputusan untuk terima unit itu dan buat bayaran BOOKING sebanyak RM5k. bayar terus pada AKAUN SYARIKAT ya. pada mulanya saya agak RAGU..sebab takut kena tipu. ikutkan saya nak buat bayaran pada PEGUAM. Lebih selamat. Buat anda yang lain, tolonglah segala pembayaran hendaklah kepada pihak peguam S&P anda. AMARAN dari saya ya. Sebab syukur, allah masih lindungi saya, sebab melalui agen (syarikat ini) terlampau ramai mangsa penipuan. bayar deposit tapi rumah tiada dan agen lari. TAKZIAH saya ucapkan pada mangsa2 tersebut. memang ada mangsa yang cari dan tanya tentang benda ini pada saya. Pada mulanya saya agak risau tentang masalah ini. Dengan Akal yang dianugerahkan, saya berkeras untuk membayar baki dari 10% saya itu sekiranya pihak agen gagal untuk mendapatkan kelulusan pihak bank tentang pinjaman saya.

8. Permohonan dengan BANK ISLAM selama 3bulan tidak berjaya kerana pihak peguam/agen gagal kemukakan slip cukai tanah (MASALAH UTAMA HARTANAH INI) kepada bank tersebut. pada mulanya saya tidak tahu apa-apa tentang rumah yang saya nak beli ini. sebab rumah pertama saya proses hanya 4bulan dan boleh dapat kunci. So pihak agen buat permohonan baru dengan PUBLIC BANK (islamic loan ya), Alhamdulillah permohonan saya berjaya. Syukur. Pada MAC,2017 saya sign pinjaman saya di PUBLIC BANK dekat seri kembangan dan terus ke KUALA LUMPUR untuk tandangan perjanjian JUAL BELI dan Baki deposit sebanyak RM6500, cukai untung owner (lebihan loan) sebanyak RM1100 dan lawyer fee sebanyak RM4,800.

9. Selepas tandatangan perjanjian tersebut saya pun tersenyum gembira, dan hanyalah menanti kunci rumah, selama lebih setahun bulan 6 2018 saya menanti, namun saya sangsi, kenapa sehingga kita pihak peguam saya langsung tidak menghubungi saya tentang penyerahan kunci. Saya sudah rasa tidak sedap hati, Saya mula buat pencarian tentang peguam tersebut dan alhamdullilah nama peguam tersebut ada dalam (senarai nama peguam yang sah), saya cuba call namun sangat susah untuk menembusi talian. namun saya bersabar dan teruskan dail peguam saya. bila saya call sebanyak 3bulan 6bln sekali, masih jawapan yang sama, masalah cukai tanah. Saya hairan, kenapa langsung tiada progress. start dari ctu, saya mula mencari infomasi dan selalu call bertanyakan masalah.

10. Untuk makluman anda, jangan terlampau bergantung dengan peguam anda. SEBAB anda pasti akan jadi macam saya. mungkin 3thn, 5thn anda gagal untuk dapatkan rumah tersebut. (terutama pada untuk rumah yang master title dan pemaju bankrup), selama setahun saya menanti tapi tiada kemajuan. Saya mula bertanyakan detail (anda kena mula ambil tahu dan kena kerap follow up dengan siapa peguam anda berurusan) masalah cukai tanah bagi apartment master title ini, anda kne bijak, tanya peguam dengan siapa dia berurusan. dapatkan nama org dan nama syarikat/peguam yang ambil alih tentang urusan apartment tersebut. Lepas anda dapat info tu anda jangan diam kan. call pihak peguam anda berurusan tersebut. Tanya dan jangan percaya sebelah pihak sahaja (maaf sebab saya kecewa dengan peguam jual beli saya),

11. Apabila saya mendapat infomasi dari peguam jual beli, saya terus hubungi peguam pihak pemaju (pemaju bankrup so ada peguam yang ambil alih) saya tanya pihak peguam pemaju yang ambil alih urusan saya itu, apa masalah yang dia hadapi sehingga tidak dapat menyelesaikan keperluan yang peguam jual beli saya perlukan. RUPA-RUPANYA peguam jual beli saya masih gagal untuk serahkan pelbagai dokumen yang peguam pemaju inginkan. Sampai disini, lagi sekali anda kna bijak, kena tanya pihak peguam pemaju, apa checklist2 dokumen yang dia inginkan, so anda kena kejar dan bagitahu peguam jual beli. dokumen-dokumen sekian anda kena serahkan segera.

12. Untuk kes saya ini, Owner membeli unit ini dengan LELONGAN AWAM. so saya kira dia tiada informasi yang banyak tentang unit ini. TAPI bagi saya setiap perkara ada jalan penyelesaian. Agak kecewa sebab antara peguam ini dia gagal untuk selalu berhubung. JADI urusan ini jadi tidak berganjak.

13. Untuk makluman juga, saya juga ada hubungi anak kepada owner, saya jumpa pihak JMB dan perbincang serta mencari informasi tentang unit yang saya nak beli ini. Tersangat banyak yang saya belajar. Kadang-kadang datang ragu-ragu, saya sendiri direct call anak owner. bertanya dan sahkan nama pemilik serta tanya rumah ini kenapa lama sangat proses. menurut beliau, peguam lembab tak reti buat kerja. (PLAK DAH) macam-macam alasan yang saya terima.

14. Saya berusuran dengan PEGUAM JUAL BELI, PEGUAM PEMAJU, OWNER, JMB, macam-macam masalah saya hadapi, saya pikir kalau terus macam ini smpai bila-bila kes tak kan selesai. so saya cari cara, macam mana untuk selesaikan. Kadang-kadang saya tidak lena tidur pikirkan cara. Tapi Syukur allah kurniakan saya ilham dan akal. selepas saya bangun pagi, kadang-kadang dalam mimpi, saya diberi ilham. so saya ikut ilham yang saya dapat itu, Saya mula hubungi peguam pemaju dan dapatkan checklist2 yang peguam jual beli kne serahkan. saya terus call peguam jual beli dan menyuruh beliau menyerahkan apa yang dikehendakki. AMARAN ya, anda kne ambil SERIUS checklist tersebut. untuk kes saya, PIHAK PEMAJU ingin Surat Undertaking dari pembeli, Perjanjian pinjaman dari pihak bank.

15. pelbagai dokumen yang dipinta, pihak peguam gagal serah SEBAB?? tiada follow up. pihak peguam pemaju sendiri cakap susah dapat bercakap dengan pihak yang urus kes rumah ini. DOKUMEN YANG LEMAH / DOKUMEN TIDAK LENGKAP. DISINI SAYA KECEWA. Selain itu, resit maintenace terkini, SAYA SENDIRI PERGI BAYAR YANG POS RESIT ORI PADA PEGUAM. dan sebenarnya macam-macam lagi yang terjadi. Selama 6bulan (segala dokumen yang peguam pemaju nak- akhirnya complete) termasuklah dokumen2 dari owner dan paling penting sebenarnya Korang Kne bayar Fee 2% peguam pemaju tu. tak bayar memang tak jalan. Kena Push Peguam Suruh Bayar kalau x mana nak jalan.(AGAK TERKILAN KOS BAYAR JMB RM200 PEGUAM TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB. apa salah inform pad vendor sebab aku just nak tlg cepatkan urusa. kalau tak tolong mgkn 5thn blm tntu selesai.

16. Dah selesai dengan pihak peguam pemaju, aku mula bertanya langkah seterusnya, mula lah peguam bank aku minta baki bayaran fee beliau, dan aku bertanya proses untuk bank bayar, katanya dalam 2bln tapi tengok pada flow urusan. so disini aku sedikit gembira la sebab xlama da. tapi, rupa-rupanya. menanti dan terus menanti, call dan terus call. macam-macam dokumen juga diinginkan,

17. Antaranya adalah, pihak peguam bank akan mula berusaan dengan pihak liquidator, So lagi sekali kne bijak ya, call jugak liquidator, ya kne tanya sapa liquidator tersebut, cakap dengan person incharga, tanya unit kite surat macam mana (surat kebenarab/notice jual), bila tanya S&P kne edit pulak, waktu ni apa2 kne bersurat, pihak liquidator agak lama ambil masa untuk kluarkan surat, selama 3bulan saya sabar bertanya,huhu.. baru dapat surat untuk edit s&p (alamat pemaju lama je kena tukar -huhu macam2) tapi saya sabar, bila peguam bank dapat surat terus bagi pada peguam jual beli untuk tukar, dah tukar terus bagi pada peguam bank dan peguam bank lagi sekali bagi pada pihak liquidator, selama 2bulan saya follow up (gigih sangat..huhu) baru dapat notice to sale (rasanya) so peguam bank minta surat EOT dengan peguam jual beli (maklum ya, kena selalu tanya peguam bank) apa masalah beliau, anda kena masuk campur selalu, call sana, call cni. kena rajin dan kena bijak.kes lama ambil masa, kne tgk bil JMB, kadang nak resit terkini. 2018 kes saya dengan peguam pemaju (resit cukai tanah pun dh lama la) - masalah ya cukai tanah ni sebab xde strata so xde resit dari pejabat tnh. kne selesaikan dgn liquidator pemaju.

18. Kadang-kadang saya diuji dengan kehendak (dokumen2) dari pembeli sebelum. kadang2 benda ini susah nak dapat, tapi ada cara lain. pihak owner hanya perlu buat laporan polis dan akuan sumpah yang beliau xde info tersebut. benda ini nak buat pun owner ambil masa. sebab itu proses sangat makan masa. tapi anda ke kerap call, tanya proses dan apa diaorg buat, kadang benda sehari boleh settle, tapi kalau dibiarkan dia tak akan take action. SELALU CALL okey, TANYA Berapa lama uoal nak MASA. kalau boleh call tiap minggu. Tanya dia bila boleh dapatkan dokumen2 tersebut (kalau dia kata 2mgu) okey tak apa, sabar dan tunggu, sampai masa korang call. tnya dh settle ke belum. kalau dh alhmdlh, kalau belum tinggi kan sikit nada suara tu. jangan biarkan diaorang tidur lena. ya jangan biarkan. kalau tidak anda merana. (SEBAB MASA AKU BANYAK BELAJAR)

18. sampai masa peguam bank nak advice bank untuk bayar, namun lagi sekali kecewa, oleh kerana proses agak lama, makan tahun makan bulan, perkara penting yang perlu dititik berat adalah bil2 terkini (cukai tanah dan bil JMB)

19. so sekarang aku sampai stage ini, pada mula pihak peguam jual beli aku nak dapatkan info yang peguam bank minta ni dia hantar surat dekat JMB. tapi rupa-rupanya JMB apartment aku beli ni dia langsung tak ambil kisah pasal cukai tanah. dh 3tahun cukai tnh x d bayar pada krjn negeri. aduh masalah besar. tapi aku cool, tanya macam mana nak selesai. JMB tak msuk campur, okey tak apa. wlwpn aku kecewa dengan pegurus JMB, beliau berkata rumah master tak boleh jual. tp aku smash balik, kalau tak boleh jual kenapa peguam-peguam aku bazir masa urus benda ni. dia sound cakap pegual jual beli aku tak reti buat kerja. okey tak apa aku sabar, walaupun btl tapi aku tak nak pikir semua tu. aku nak selesaikan masalah.

20. Syukur aku ada kawan yang kerja dengan urusan pihak2 JMB bangunan. so aku tnya kawan aku, macam mana nak settlekn masalah aku ni. kadang masih bincang ni aku dapat ilham, so aku terfikir lah untuk call balik liquidator aku (Wlwpn sepatutnya peguam yang buat) tapi aku x serahkan pada peguam. aku urus dan tanya sendiri. akhirnya aku dapat jawapan dan aku abaikan JMB apartment. aku urusan dengan LIQUIDATOR. aku memang tak tahu apa2, siapa yang berperanan, kadang2 peguam pun tak tahu. tapi aku bertanya pada orang-orang yang x loket ilmu. kadang-kadang agak kecewa, ad pihak bila kita bertanya (ada yang x nak bagi thu, terutama pihak agen (jaga periuk nasi atau tak tahu - gkn xthu la kn), tanya pada orang2 yang menulis bloq, tulis bloq pun sekadar nak raih pendapatan (nak info kne bayar beb) okey tak apa, aku mintak petunjuk dengan ALLAH. syukur banyak yang aku dapat dari PETUNJUK.

21. Okey back to Quit Rent (cukai Tanah) aku tanya liquidator tu brp lama nak dpat surah sah yang portion owner tu bley settle. (kne tanya bank mcmne nak selesai okey - kalau nak surat kite kne bg surat) untuk master title ni cukai 17k, nak tggu mmg x boleh. so ada cara kluarkn surat portion kite tu kita dh bayar. so bank bley trima. bank nak kan sale, ad yang boleh trime. lagipun client yg payment cantik knp nak tolak. dlm duniani semua benda boleh selesai. aku tidak thu ape masalah owner x apply STRATA tp aku xnk tgu. aku anggap nanti kos aku jela (REDHA) untuk mohon strata kemudian hari. Tunggu lama sangat pun risau akan loan kne reject. so percepatkan proses apa yang patut. Sabar dan redha kne selari. selalu doa, solat hajat, solat taubat, mengaji, minta kemudahakan dengan ALLAH. benda complecated ALLAH ada dia bantu. wlwpn org ckp tak boleh jual. MInta allah supaya d permudahkan.

22. APA YANG JADI ALLAH PENENTU SEGALANYA. SABAR, REHDA, SOLAT TAUBAT, BARU DOA KITA ALLAH DENGAR.

23. Aku tunggu keputusan surat cukai tanah dari liquidator. menurut beliau 2mgu tempoh, tp kne rajin tanya ya. tnya dia bila boleh dpat. kalau ckp smgu, okey smpai 1mgu masa, call blk. klau gagal. rayu merayu, suruh cepatkn. kadang-kadang lamabat ada masalah . tnya apa masalah. biasa bab duit, nak duit mntk dengan owner/peguam okey, biar dia settle. kne kacau diaorg smpai diaorg tak boleh dduk diam. okey adios..



sejak dari 25 july 2019.. kronology pertama.. sehingga hari ni.. hampir 3bulan jugak.. begitu lama kes ini berjalan.. selama 3bulan juga aku follow up segala urusan surat menyurat.

masalah quit rent. ya sejak dari tahun oct 2016 lagi sebernarnya aku cari lot ni.. masalah utk lulus loan pn ambil mase hampr 5bulan lebih. sebab???? quit rent. master title ni masalah dia adalah quit rent amount tunggakan sangat banyak. tp bernasib baik sebab public bank hanya nak undertaking letter yang menyatakan bahawa unit saya nak beli ini sudah menjelaskan amount bayaran tahunan pada pihak liquidator (stage ini pihak peguam S&P uruskan - reason why late? semua sebab? rumah itu dan peguam itu sendiri).

so dr kronology pertama tu sejak mac 2017 sign s&p hingga jun 2018 aku biarkan kes ni dgn hrpn dpt kunci.. bila call..tak ada apa-apa perkembangan. terlampau kecewa. so sejak dari itu sampai hari ini saya buat keputusan follow up semua sudut, sama ada owner, JMB, peguam pemaju dan pihak liquidator.

last stop sampai issue surat under taking letter dari liquidator iaitu pihak LER LUM, sebenarnya agak geram, sebab? last rekod bayaran ada tahun 2018. so step by step. liquidator kasi surat 2018 dulu.. lps tu suruh bayar yg 2019.. lps bayar barulah keluarkan surat 2019. agak leceh tapi tahap kesabaran saya kena tinggi. hampir 3bulan duk main urusan surat ini. akhirnya khamis 3hb oct 2019 bru lah dpt surat yang di nanti. hari ni aku tak folow up lagi peguam bank sama ada boleh release loan atau tak. aku nak tunggu sampai khamis 10hb oct 2019. dengan harapan peguam s&p call utk serah kunci. klau x call jgk so aku perlu call tnye apa masalah. biasa klau xdpt kunci ada lah tu masalah yang bakal aku hadapi.

tunggu 4hri lagi.. nanti hope dapat update berita gembira atau kurang gembira.. DOAKAN semoga d permudahkan..

sambungan...

23hb10 saya dtg lg utk update perkembangan, rupanya bukan senang nak senang.. sekarang menanti terus menanti..  dimaklumkan 10hb mmg peguam bank telah isu surat pada bank utk release loan, dimaklumkan selama 7hari 3x urusan silap surat dr pihak pguam. kenapa susah sgt diaorg nak call dan bncg ape requirement pihak bank. aku call and sound brulah urusan surat menyurat itu ok 10hb oct pguam bnk issue advice letter pd bank dan 21hb 0ct 2019 aku sendiri pergi jumpe pagawai bank kerana pihak bank memanggil aku untuk terangkan tentang takaful aku dan suami. agak kecewa kerana proses yang diambil dari mac 2017 hingga oct 2019 telah menyusahkan hidup aku. aku d beritahu oleh pihak bank mengenai kenaikan premium takaful aku. aku sangat sakit hati dan terkilan. siapa harus menanggung kenaikan RM1933 tersebut kalau tidak dari poket aku. aku telah email statement tersebut pada pihak peguam. namun aku tidak sanggup untuk bercakap dengan kerani yang proses urusan aku kerana aku sendiri tak suka.. selama ini aku hanya terpaksa. yang mampu aku buat adalah menanti diaorg pgl utk serah kunci dan apa keputusan dari email yang aku hantar.

yang aku bengang kenapa aku kne tanggung benda ni sedangkan bukan aku yang melambatkan proses. aku biarkan dr tahun 2017 hingga 2018 dengan harapan ada berita baik dari pihak peguam. namun hampa, 2018 langsung tiada perkembangan, start dari ctu aku follow up semua dokumen beliau kepada peguam pemaju dan liquidator. aku dapat tahu cara kerja dan aku rumuskan aku sangat sakit hati dan kecewa. belum dapat aku rumuskan sepenuhnya sehinggalah aku dapat kunci. andai tiada ganti rugi, duit yang aku kena tambahkan itu aku tidak halalkan walaupun 1sen.

menurut pihak bank selama 3hari pihak bank akan proses bayaran. iaitu 21hb aku jumpa utk settlekan bayaran hari ini 23hb pagi masih ada lagi duit yang aku trasnfer dlm akaun semasa. menunjukkan pihak bank masih belum buat pembayaran. yaalah semoga di permudahkan minggu ini. surat mohon lanjut masa dengan pguam S&P adalah 21hb, oleh kerana MRTT masih dlm proses kerana loan yg btahun, aku minta peguam bank utk minta lanjutan masa dan dia mohon sehingga 15hb. kenapa aku mohon? adakah kerana silap aku? kalau aku tahu rumah bermasalah, aku tidak akan beli rumah ini, sebenarnya ia membazir masa dan duit aku. aku layak dapat yang lebih baik, namun aku tidak boleh undurkan masa, aku terpaksa teruskan kerana semuanya telah pun berlaku. 

update terkini, dapat surat balasan dari peguam S&P sendiri, ibaratnya peguam tersebut bukan peguam s&p aku. langsung tidak membantu, sangat membazir upah lawyer yang tak ada kepentingan untuk diri sendiri. summary tntg surat bila kita tanya pasal bayaran tambahan MRTT tersebut, mereka jawab sedia maklum lot ini bermasalah dan owner sendiri lambat buat.

Hi, 2hb12 kini aku dtg lagi update kisah terkini tentang proses rumah, last update dari 21hb 10 sehingga kini ada selama lebih sebulan. agak gembira setelah lama menanti 14hb november bank telah release loan aku kepada pguam S&P aku, namun  sehingga kini aku masih belum terima kunci dan cash back money dr pihak peguam. seminggu 2 3x aku follow up, alkisah nya macam ni, 14hb aku dpt wssp dr bank, dia inform dia dh release loan, 15hb aku terima email dr lawyer bank inform dh byr, 18hb monday aku call lawyer, alasan dia ckp bru tgk email dan tggu duit release. setahu aku hanya 2hari mean friday dh release. tp xpe aku tak kisah nak ckp apa pun, dan diaorg inform release loan dulu dan nanti akan inform owner suruh serah kunci dan settlekan utility, friday maksudnya 22hb, namun 25hb aku tnye blk sebab masih belum dpt khabar berita pasal kunci, katanya owner nk charga late penalti sebab lambat proses (korang fhm prsn skrg?) 25hb janji boleh siap cronology kononnya kenapa lambat proses, and aku buat2 call tnye 29hb pasal kunci tapi alasannya org in charge tak dtg, wlwpn aku thu org yg bckp dgn aku itulah org yang proses case, mgkn la tunggu lawyer, cumanya dr 22hb bt, 25hb pn korang tak boleh settle lg psl kunci dan vendor korang.

aku catat semuanya disini adalah sebagai bukti, apa yang berlaku dan kenapa berlaku, yang pasti ini adalah backup utk diri aku. aku menanti jgn sampai penalti itu atas diri aku, kerana? isunya adalah adakah sebab aku semuanya lambat?

AKU MASIH MENANTI..

No comments:

Post a Comment

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...