Kadang-kadang manusia nie gmbira, kadang2 sedey, snyi dan mcm2 kadang la.. aku doa kan sape2 yg mlawat blok ni sntiasa tenang..
Monday, November 12, 2018
UJIAN WANITA ZAMAN MODEN 2020
sesungguhnya aku adalah perempuan neraka
merujuk kepada sebuah artikal yang sangat baik dari penulis bernama Syafiq (suami seseorang mungkin) bertarikh 8 November 2018
kajian dia yang sangat mendalam.. yang melihat sudut seorang perempuan neraka/berdosa..
Dari mana datangnya dosa tersebut? mestilah ada punca dia bukan..
Ringkasnya adalah:-
1. isteri kena ikut perintah suami
2. jangan menentang suami
3. menolak untuk bergaul dengan suami
4. tidak menemani suami tidur
5. memaksa dan memberatkan beban suami dalam mencari nafkah
6. tidak berdandan untuk suami
7. menjuruskan suami kedalam hal larangan allah
8. kepentingan suami
9. keluar rumah tanpa izin suami
10. lari dari rumah
11. menerima tamu lelaki yang dibenci suami
12. tidak menolak jamahan lelaki lain
13. tidak mahu marawat suami sakit
14. puasa sunat tanpa izin suami
15. menceritakan fizik wanita lain kpd suami
16. menolak suami bergilir dengan isteri lain
17. suruh suami ceraikan madu
18. ikut cakap orang lain lebih dari suami sendiri
19. minta cerai tanpa alasan
20. mengambil harta suami tanpa izin
untuk wanita diluar sana dan aku sendiri, ingatlah bahawa ujian allah itu ada.
majoriti di saat sekarang wanita diuji dengan memiliki pasangan yang tidak berharta dan berpendapatan yang rendah. maka berduyun-duyunlah termasuk aku keluar mencari nafkah untuk membantu suami dalam kelangsungan rumah tangga.
ujian paling berat seandainya suami gagal memenuhi kehendak isteri, maka isteri ingin mencari nafkah sendiri dan ramai perempuan yang ego apabila sudah mempunyai pendapatan sendiri. malah lebih tinggi ego bila pendapatan lebih tinggi dan berjawatan lebih besar dari suami.
wahai wanita berdosa (termasuklah aku) ingatlah bahawa kesenangan tersebut adalah ujian buatmu semasa hidup. dan ingatlah..ujian yang di turunkan adalah berpadanan dengan lumrah hidup seseorang itu.
'' allah tidak akan menguji ummatnya diluar kemampuan diri''
Sunday, July 1, 2018
Tips Berpantang
Jika anda terpaksa berpantang bersendirian di rumah ikuti panduan di bawah bagi membantu melancarkan perjalanan harian anda:
Bangun awal
Jangan tidur sehingga waktu tengah hari. Bangun awal supaya banyak perkara boleh diselesaikan. Selepas bangun terus mandi jangan bertangguh. Gunakan mandian herba kemudian berstokin selepas mandi.
Pakai bengkung
Pakai bengkung moden agar anda cepat siap. Jika tidak mahir minta dengan suami sebelum dia ke tempat kerja.
Sarapan
Ambil sarapan ringkas dan mengenyangkan sebaiknya sehingga ke waktu makan tengahari.
Biarkan rumah bersepah
Biarkan rumah bersepah sekiranya anda tidak mampu mengemaskannya. Jika ada anak yang lebih besar minta dia melakukannya. Jika tidak tunggu sehingga suami pulang ke rumah.
Cari tukang urut
Sebelum bersalin sepatutnya anda berbincang dengan suami mengenai penjagaan ketika dalam pantang dan mencari tukang urut. Pastikan si kecil diberikan susu secukupnya sebelum anda melakukan urutan.
Mandikan bayi
Mandikan bayi di antara jam 10 hingga 11 pagi. Letakkan besen mandi bayi di atas meja atau tempat tinggi separas pinggang. Isikan air mengguna gayung. Campur sikit air panas. Mandikan bayi dengan cara berdiri. Jangan cuba-cuba untuk mencangkung. Pada hujung minggu, mintalah suami memandikan bayi.
Siapkan baju bayi
Sebelum mandi letakkan baju dan peralatan mandian yang akan digunakan. Ini bagi mengelak anda kelam-kabut menyediakannya selepas memandikan bayi.
Susukan selepas mandi
Susukan bayi selepas mandi agar bayi tidak merengek dan dapat tidur lena. Apabila bayi lena memudahkan anda melakukan kerja rumah yang tertangguh. Namun harus diingat anda juga memerlukan tidur yang mencukupi ketika dalam tempoh berpantang.
Masak makan tengah hari
Masak sekali untuk makan malam. Pilih menu yang sesuai untuk semua orang dalam rumah. Jika berkemampuan anda boleh memesan menerusi perkhidmatan makanan dalam pantang dan terus dihantar ke rumah.
Basuh kain
Minta pertolongan suami. Ingat jangan sesekali cuba menunjukkan yang anda ini hebat dan kuat. Sesekali suarakan apa yang anda inginkan. Lebih mudah, hantar saja ke dobi.
Simpan nombor telefon penting
Pastikan anda menyimpan nombor telefon penting seperti polis, hospital atau klinik desa berdekatan. Ini kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini anda tidak panik dan tahu siapa yang harus dihubungi segera.
Sebaik-baiknya dalam tempoh mengandung selama sembilan bulan ia adalah masa untuk anda dan suami berbincang mengenai penjagaan selepas bersalin. Anda boleh membuat senarai dan mengikut rancangan yang sudah anda sediakan. Paling utama elakkan tekanan ketika dalam pantang. Raikan kelahiran si kecil dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. -Siti Zarinah Sahib
docedok dari harianmetro
Saturday, January 6, 2018
PEREMPUAN NERAKA
Aku tak nak menjadi golongan wanita neraka
Perempuan sangat mudah nak masuk syurga
1. Patuh dan taat pada suami
2. Menjaga aib suami
3. Menjaga aurat
4. Menjaga solat dan menjaga anak serta rumah tangga
Dugaan hidup seorang wanita.
Pelbagai ujian dihadapi oleh wanita. Allah menguji sbb dia mahu memberikan kita syurga. Bkn sng nk bau syurga. Melainkan kita sabar dn bijak.
Antaranya masalah dan cara mengatasinya selagi tidak memudharatkan dan melanggar syariat
1. Terutama sekali - kne ingat, bila dah berkahwin..wajib teruti kata suami jika tidak mlanggar hukum dn syariat.
2. Tanggungjawab - isteri/suami, anak, ibu bapa dan mertua dn adik brdik serta ipar duai (jika mampu)
3. Nafkah zahir - suami wajib sediakan tempat tinggal yg selesa, makan mnum 2x kenyang sehari, pkaian 2pasang setahun. (Ingt wajib ni penting)
A. bnyak isu perempuan tidak redha bila suami tak bg duit. Pdhl wjib sediakn makan 2x knyg shari. Knp prmpuan ke neraka? Sbb x redha dan tidak bsyukur dgn apa yg suami sediakan. Tidak kira samaada isteri gj besar pn. Isteri bkerja atas izin suami. Jika suami x izin isteri tak ada duit. Suami ssh bantu aje. Xnk bantu diam aje. Klau anda rasa bahagia tgk suami derita. Teruskan lah. Klau nak bahagia bntu lah dengan ikhls. Jgn ungkit byr itu ini. Sebab khndk dn kperluan itu beza. Kperluan wajib suami sediakan. Jika x mmpu sediakn. Jgn khwin. Plz jgn khwin ya. Cerai? Sbb apa? Jika tbukti tdk btgjwb. Boleh cerai. Xde mslh. Islam itu indah dan tidak memudharatkan. Bkn semua lelaki baik. Prmpuan juga tak semua msuk syurga. Phm kn?
B. Tempat tinggal selesa - mertua dan menantu tidak serasi. Sebab itu perlu tinggal asing. Lelaki tidak mmpu? Salah wanita itu sdri sbb pilih suami yg tidak btanggungjawab. Ingt balik ya. Suami bertangjawab myediakan tempat tinggal yg selesa bt isteri. Mertua paksa anak tinggal bsama? Tidak wajib d turuti jika isteri tdk selesa. Kne ingt blk. Tgjwb utama suami adalah kpd isteri. Isteri tluka, rzeki tidak berkat dn ssh msuk. Ibu bapa tiada hak keatas ank jika sudah bkahwin.
C. Kalau tak kuat jgn masuk campur urusan ipar duai serta biras. Biarkan orang mengata. Kite terus bkhidmat utk kluarga sendiri. Masalah duit? Klau mmpu tlg anda tlg. X mmpu doa supaya diaorang mdapat pertolongan. Life is simple bkn? Kita tak boleh ttp mlut org kn?
D. Curang? Isteri @ suami. Sabar itu indah. Allah mberi kita akal. Pikirlah.. jangan di simpan orang yang myakitkn hati. Move on aje. Mampu? Klau dh mampu knp kita nk tolak hukum. Nk bdosa besar ke? Tak mampu? Jgn bincang psl tmbh cawangan. Mudah kn.
Fokus dlu point wajib. Insylh mudahlah kita menghadapi masalah.
Sabar? Yup penting. Bila boleh sabar? Tgk tmpt la.
Semoga manafaat..
ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI
Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...
-
1. 1 . OBJECTIVETo outline the sequence of activities, method and resources needed for the operation of anti-termite ...
-
Saya pernah bercita2 nk buka suatu masa dulu..tetiba masa cari2 info terjumpalah mende ni kat majalah.com jom baca2…saya just copy n p...
-
Bahan-bahan: 1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya. 1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu 2 su...