Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2. Biasanya ramai driver uber
dan grab akan menunggu di klia / klia 2 ( k1 dan k2 ) menyebab
persaingan untuk mendapat ping di kalangan driver uber dan grab sangat
tinggi. Ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tunggu sejam pun belum
tentu boleh dapat ping. Kadang-kadang ada sahabat-sahabat driver yang
mudah dapat ping. Apakahnya rahsianya,
Edisi bongkar kali ini akan berkongsi tentang cara untuk senang dapat
ping di klia . klia 2. Benda ini adalah subjektif tetapi sedikit
sebanyak boleh menolong driver untuk mendapat ping dan rider di klia /
klia 2. Korang boleh pertimbangkan benda-benda ni jika korang serius nak
mengayuh di klia / kli.
Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2
Tip-tip yang saya cuba kongsikan ini di harap tidak menyebab otai-otai
uber dan grab marah pada saya. Jauh sekali saya nak kacau pendapatan
mereka. Saya hanya berkongsi sebab rezeki tu masing-masing kata orang.
Kita boleh berikhtiar selebihnya berserah kepadaNya.
1. Guna smartphone yang ada spec tinggi. Secara lojiknya, spec tinggi ni
akan senang dapat signal. Smartphone kena support 4g ke atas. Sudah
tentulah spec tinggi lagi bagus kan dan harga lagi mahal. Boleh la kalau
nak kena beli baru, beli asus. Cari yang spec tinggi.
2. Guna line telco yang power. Mana satu yang power. Ada yang kata
macam-macam. Tetapi seseorang yang boleh di percayai, di klia / klia 2
ada pencawang umobile dan maxis ( betul ke tidak, saya tak dapat
pastikan ). Jadi 2 network ni saya cadangkan untuk kayuh di klia / klia
2. Ini secara keseluruhannya la.
3. Kalau korang guna digi, di klia 2 tunggu di tiang 9 kat lane no. 2
sebab kat situ line digi stabil kerana area situ dah keluar sikit dari
bangunan. Maklumlah bawah bumbung, signal tak kuat.
4. Bagi pengguna celcom pula ( ada juga bahagian pengguna celcom ),
tunggu di tiang 2, 3 dan 4 di klia 2 ya.Cuba park kat lane sebelah kanan
dalam sebelah dengan parking, Moga-moga anda ada rezeki.
5. Kena tahu jadual kapal landing juga baru senang dapat ping. Takde
orang memang la takde ping kan. Kena ada jadual flight mendarat di klia /
klia 2 ni. Time yang senang dapat ping ialah:
12 tgh malam
4 pagi
7 pagi
10 pagi
12 tghari
4 ptg
7 mlm
9mlm.
Lain-lain masa di nasihatkan balik tidur kat rumah je la. Tak payah nak
tunggu. Ambil kira juga flight cancel. Masa menunggu paling lama ialah
sejam. Average ialah setengah jam. Kalau lebih sejam tuh, baik la pergi
ke Cyberjaya dulu. Boleh beberapa trip tuh.
6. Kalau app uber, korang set lokasi ke klia / klia 2.
7. Kat klia2 polis akan datang bila dah ramai kereta kat dalam arrival
hall. Jangan tinggal kereta jauh dari anda takut nanti kena saman dengan
abng polis. Lagi satu bawah bumbung signal tak kuat, tak payah nak
masuk ke dalam sangat.
8. Kalau polis datang, elok beredar je la. Jangan buat keras kepala.
Biar polis buat keje keje. POlis boleh datang dari arah bertentangan
juga. Jadi elakkan park paling depan atau paling belakang. Macam mana
nak tahu polis datang? Ada bunyi wisel dan juga bunyo hon panjang.
Segera beredar la. Polis biasa datang pukul 9-10 pagi, 1-3 ptg, 5-7 mlm
dan 9-10 mlm. Lepas 12 mlm, cantik untuk lepak situ.
Apa pula kata netizen dan juga pemandu uber dan grab sendiri tentang cara nak dapatkan rider dari KLIA dan KLIA 2 ni.
Semuanya adalah nasih sahaja. Tiada tip untuk senang dapat rider dari KLIA atau KLIA
Itu sahaja Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2 uber dan grab.
Harap dapat membantu. Jika korang ada pengalaman dan nak kongsikan,
boleh tinggalkan di ruangan komen.
JIKA korang rasa tip uber / grab klia / klia 2 ni sangat membantu korang, korang boleh shar dan like artikel ni. Sokongan anda samgat berguna untuk saya update lebih banyak tips tentang uber dan grab.
JIKA korang rasa tip uber / grab klia / klia 2 ni sangat membantu korang, korang boleh shar dan like artikel ni. Sokongan anda samgat berguna untuk saya update lebih banyak tips tentang uber dan grab.
copypaste untuk tujukan saya sendiri
No comments:
Post a Comment