Sunday, August 27, 2017

1YEAR 9MONTHS

alhamdullilah.. syukur ke hadrat ilahi...

akhirnya membesar dengan baik anak sulong ku seorang ini, kini menanti hari untuk mendapat adik. insylh bln1 tahun dpn dapat adik lah si kakak cerdik pandai ni sorang.

ikut tahun dh 3tahun lah puteri sulong ku.. ikut bulan bulan12 2018 baru lah genap 3tahun. for me ikut tahun adalah masa yang lebih bagus. sebab apa? sbb kalau nak sekolah nanti dia akan kira tahun lahir, bukan bulan lahir,hehe..

tak lama lagi dah boleh masuk school la anak sulong ku ini sorang.walaupun dia masih muda namun dia sangat pintar. mulutnye berat tp ringan untuk bercakap. macam2 dia mbebek (bercakap tanpa kata..ala mcm pingu tu..hehe) banyak juga perkataan yang dapat dia suaranya.


selain itu sekarang dh pandai juga mengira 1, 2 dan 3..pintar anak ibu.

antara perkembangan anak ibu yang ibu sangat senang dengan dia adalah, dia juga sudah pandai membuang sampah di tempat yang sepatutnya, letak pakaian kotor ke bakul baju kotor, pandai dan lincah mbaca tentang body (mengenal body) dan mengenal bunyi binatang (hasil ajaran ayah dia la ni..hehe), mengira 1 2 3,

paling tak boleh tahan.. tlampau sayangkan harta benda (kalau kita mintak memang tak kasi la..hehe) tapi tak apa, semua ni masih baru.. perlahan-lahan masih boleh didik.. lagi pn baru frasa permulaan. bagi ibu itu permulaan yang bagus. ibu tak akan memaksa tapi ibu akan perhatikan saja sayang..:)

prinsip ibu mudah sahaja, ibu tak akan memaksa anak ibu menjadi doktor kalau anak ibu hanya ingin menjadi cikgu.

hope ibu-ibu sekalian jangan terlampau memaksa anak-anak menjadi diri orang lain, maksud saya jika kemampuan anak itu hanya sekadar menjadi pomen jangan lah kite memaksa dia menjadi engineer. rezeki anak ada hadnya.

sebenarnya saya kecian tgk anak-anak dipaksa belajar sejak dari awl sampai naik stress budak-budak. kcik-kcik pun dah hantar tuition. ibu-ibu semua tlampau ingin anaknya berjaya tp jgn menyesal kalau anak2 tidak dapat menerima paksaan orang tua. dan tersasar ke arah lain. biarkan dia dengan pilihan dia..kita sebagai orang tua hanya sediakan bekal ilmu agama dan pendidikan. Corak kehidupan yang bagaimana biar dia yg pilih dan tentukan.

saya dulu pun bukan pandai sangat.. tp alhmdlh saya ada matlamat dan form 5 baru saya score dengan harapan ingin masuk u utk mengembirakan hati ibu bapa. walhal mase darjah 6 1 a pun xde..mcm tu jgk tingkatan 3, yg ada b. tapi sebagai anak yang ada buah fikiran, dia boleh pikir usaha ibu pada keatasnya. alhamdullilah saya dapat juga membuat sesuatu yg mengembirakan ibu bapa.

tapi lately saya sedikit terkilan, walaupun berjaya tapi tetap tertekan, risau plak memikirkan nasib anak-anak saya nanti, risau hidup jadi macam ibunya, hidup pagi petang kerja demi sesuap nasi. sampai bila agaknya ya. adakah anak-anak pun akan jadi macam ni?

belajar, bekerja, dan bekerja, habis umor, dan begitulah kehidupan anak cucu hingga akhirnya.

sekian luahan hati seorang insan..

#inginmenikmatihidupyanglebihproduktif

Sunday, June 4, 2017

5 Ejen Insurans dan Takaful Berkongsi Kesilapan Sering Dilakukan Pengguna

Baru-baru ini kami di sini berbicara dengan 5 orang ejen Insurans dan Takaful yang berdaftar di direktori kami tentang kesilapan pengguna Malaysia mengenai insurans dan Takaful yang sering mereka hadapi. Ini ulasan mereka tentangnya. Harapannya agar kita semua akan mendapat sesuatu pengajaran di sini.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna menurut 5 orang ejen insurans dan Takaful:

1. Tidak mengikut prosedur ketika melakukan tuntutan

“Kesilapan besar yang orang ramai lakukan ialah mereka tidak mengikut prosedur dan akhirnya terpaksa membayar untuk bil perubatan dahulu menggunakan duit sendiri. Satu contoh ialah apabila mereka jatuh sakit, mereka terus pergi kepada pakar yang kemudian membuat ujian. Apabila pakar mendapati bahawa tiada yang serius atau tidak menjumpai apa-apa diagnosis yang sah, pelanggan perlu menanggung kos Pesakit Luar yang mana mungkin mencecah min $700 sehingga $1500.” – Sunny Shahros



2. Menangguh-nangguh pembelian perlindungan

“Banyak kesilapan yang sering dilakukan pelanggan insurans dan Takaful. Kesilapan yang paling ketara ialah mereka sering menangguh pembelian insurans. Ini sangatlah dicegah kerana malang tidak berbau.” – Samuel Raj
Mereka suka berlengah. Kalau kita boleh menentukan masa depan, tak kisahlah berbuat demikian. Tapi hakikatnya kita tak tahu apa yang akan berlaku.” – Yap Ean Mei

3. Tidak endapatkan perkhidmatan bengkel panel

Kesilapan biasa yang sering dilakukan semasa kemalangan ialah pemilik membawa kereta ke bengkel bukan panel untuk dibaiki. Membawa kereta ke bengkel yang bukan panel menimbulkan banyak masalah, menjadikan tempoh untuk dibaiki lebih lama dan sukar. Adalah penting untuk membawa kereta itu ke bengkel panel selepas berlakunya kemalangan.” –  Mior Muhamad Hafiz
“Pastikan hanya hantarkan kereta ke bengkel panel syarikat insurans. Jangan terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang muncul di tempat kemalangan. Hubungi talian bantuan syarikat insurans anda.” – Samuel Raj



4. Tidak kenal dengan polisi yang telah dibeli

“Ramai yang mempunyai insurans tidak pula tahu apa yang dilindungi oleh polisi mereka. Adakalanya ianya amat mengecewakan.  Mereka ingin menamatkan polisi mereka kerana mereka tidak tahu jumlah perlindungan polisi mereka.” – Yap Ean Mei
“Mereka beli tanpa mengambil tahu apa yang dibeli. Ianya amatlah penting untuk memahami insurans yang dibeli, apa yang dilindungi. Ejen anda perlu jelaskan semua maklumat penting kepada pembeli. Selalunya ianya tidak memadai.” – Fadzil Razab
“Ramai orang tidak tahu apa yang mereka beli. Mereka membeli pelan yang salah. Kebanyakan syarikat tele-pemasaran; mereka yang menjual Takaful/Insurans melalui telefon, menjual Takaful/Insurans yang murah dan tidak sesuai hanya kerana wang. Mereka tidak benar-benar mengambil masa memahami latar belakang pelanggan untuk menawarkan Takaful/Insurans yang terbaik untuk mereka.” – Sunny Shahros

5. Tiada kesedaran kepentingan perlindungan insurans dan Takaful

“Kesilapan yang paling besar ialah orang ramai tidak membeli Takaful/Insurans kerana mereka tidak mengendahkannya. Kebanyakan mereka memberi alasan dengan berkata “Saya sibuk, saya tidak ada masa, syarikat saya telah menyediakannya untuk pekerja, biar saya tanya isteri saya” dan sebagainya. Banyak orang berkata mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Tetapi golongan sederhana dan berpendapatan rendah adalah golongan yang paling ramai memerlukan Takaful/Insurans. Kerana apa akan terjadi sekiranya anda jatuh sakit, kos perubatan boleh menjadi kos perbelanjaan yang boleh memusnahkan kewangan keluarga. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kos perubatan telah meningkat 100% ke 200%. Adalah langkah bijak untuk membayar amaun yang kecil dengan tetap melalui Takaful/Insurans, dengan demikian ia boleh menampung kos perubatan yang besar.– Sunny Shahros
“Rakyat Malaysia apabila dapat gaji setiap bulan, apa prioriti pertama mereka? Nombor satu mereka akan bayar pinjaman rumah, kedua kereta mereka, ketiga belanja makanan, keempat untuk riadah atau untuk keseronokan dan kelima, keenam, ketujuh sehinggakan gaji tinggal kosong. Kemudian mereka akan gunakan kad kredit sehingga gaji sudah jadi negatif. Insurans terletak di nombor 20. Isunya, mengapa tidak beli insurans untuk lindungi nombor 1-7? Ianya prioriti berbanding kemampuan. Rakyat Malaysia mampu, cuma lebih suka berbelanja berlebihan dan guna kad kredit. – Fadzil Razab

Tuesday, May 16, 2017

Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2

Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2. Biasanya ramai driver uber dan grab akan menunggu di klia / klia 2 ( k1 dan k2 ) menyebab persaingan untuk mendapat ping di kalangan driver uber dan grab sangat tinggi. Ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tunggu sejam pun belum tentu boleh dapat ping. Kadang-kadang ada sahabat-sahabat driver yang mudah dapat ping. Apakahnya rahsianya, 
 
Edisi bongkar kali ini akan berkongsi tentang cara untuk senang dapat ping di klia . klia 2. Benda ini adalah subjektif tetapi sedikit sebanyak boleh menolong driver untuk mendapat ping dan rider di klia / klia 2. Korang boleh pertimbangkan benda-benda ni jika korang serius nak mengayuh di klia / kli.

Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2

Tip-tip yang saya cuba kongsikan ini di harap tidak menyebab otai-otai uber dan grab marah pada saya. Jauh sekali saya nak kacau pendapatan mereka. Saya hanya berkongsi sebab rezeki tu masing-masing kata orang. Kita boleh berikhtiar selebihnya berserah kepadaNya.
1. Guna smartphone yang ada spec tinggi. Secara lojiknya, spec tinggi ni akan senang dapat signal. Smartphone kena support 4g ke atas. Sudah tentulah spec tinggi lagi bagus kan dan harga lagi mahal. Boleh la kalau nak kena beli baru, beli asus. Cari yang spec tinggi.
2. Guna line telco yang power. Mana satu yang power. Ada yang kata macam-macam. Tetapi seseorang yang boleh di percayai, di klia / klia 2 ada pencawang umobile dan maxis ( betul ke tidak, saya tak dapat pastikan ). Jadi 2 network ni saya cadangkan untuk kayuh di klia / klia 2. Ini secara keseluruhannya la.
3. Kalau korang guna digi, di klia 2 tunggu di tiang 9 kat lane no. 2 sebab kat situ line digi stabil kerana area situ dah keluar sikit dari bangunan. Maklumlah bawah bumbung, signal tak kuat.
4. Bagi pengguna celcom pula ( ada juga bahagian pengguna celcom ), tunggu di tiang 2, 3 dan 4 di klia 2 ya.Cuba park kat lane sebelah kanan dalam sebelah dengan parking, Moga-moga anda ada rezeki.
5. Kena tahu jadual kapal landing juga baru senang dapat ping. Takde orang memang la takde ping kan. Kena ada jadual flight mendarat di klia / klia 2 ni. Time yang senang dapat ping ialah:
12 tgh malam
4 pagi
7 pagi
10 pagi
12 tghari
4 ptg
7 mlm
9mlm.
Lain-lain masa di nasihatkan balik tidur kat rumah je la. Tak payah nak tunggu. Ambil kira juga flight cancel. Masa menunggu paling lama ialah sejam. Average ialah setengah jam. Kalau lebih sejam tuh, baik la pergi ke Cyberjaya dulu. Boleh beberapa trip tuh.
6. Kalau app uber, korang set lokasi ke klia / klia 2.
7. Kat klia2 polis akan datang bila dah ramai kereta kat dalam arrival hall. Jangan tinggal kereta jauh dari anda takut nanti kena saman dengan abng polis. Lagi satu bawah bumbung signal tak kuat, tak payah nak masuk ke dalam sangat.
8. Kalau polis datang, elok beredar je la. Jangan buat keras kepala. Biar polis buat keje keje. POlis boleh datang dari arah bertentangan juga. Jadi elakkan park paling depan atau paling belakang. Macam mana nak tahu polis datang? Ada bunyi wisel dan juga bunyo hon panjang. Segera beredar la. Polis biasa datang pukul 9-10 pagi, 1-3 ptg, 5-7 mlm dan 9-10 mlm. Lepas 12 mlm, cantik untuk lepak situ.

Apa pula kata netizen dan juga pemandu uber dan grab sendiri tentang cara nak dapatkan rider dari KLIA dan KLIA 2 ni.
Semuanya adalah nasih sahaja. Tiada tip untuk senang dapat rider dari KLIA atau KLIA
Itu sahaja Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2 uber dan grab. Harap dapat membantu. Jika korang ada pengalaman dan nak kongsikan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

JIKA korang rasa tip uber / grab klia / klia 2 ni sangat membantu korang, korang boleh shar dan like artikel ni. Sokongan anda samgat berguna untuk saya update lebih banyak tips tentang uber dan grab.

Terima kasih kerana membaca Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2.

copypaste untuk tujukan saya sendiri

Sunday, May 7, 2017

HARGA COVER CERMIN

Berikut adalah harga cermin yang dicadangkan untuk replacement

Harga Cermin Perodua

MODEL
SUGGESTED SUM INSURED (RM)
REMARKS
KANCIL 650
400-500

KANCIL 850
400-500

RUSA
1000

KEMBARA
600

KENARI
500-600

KELISA
500-600

MYVI
500-600

VIVA
500-600

NAUTICA
1000-1200
FRT WS GLS=T.RUSH 4 DRS
ALZA
800-1000

Harga Cermin Proton

MODEL SUGGESTED SUM INSURED (RM) REMARKS
SAGA,ISWARA,SEDAN,AEROBACK 500-600
WIRA SEDAN.AEROBACK 500-600
PERDANA 1500
SATRIA 500-600
PUTRA 600-700
TIARA 500-600 FY GLS
WAJA 700-800
JUARA 700-800
GEN 2 500-600
SAGA,BLM 500-600
PERSONA 500-600
SATRIA NEO 700-800
ARENA 500-600
SAVVY 500-600
EXORA 800-1000
PREVE 800-1000 NO SENSOR
PREVE 1000-1200 SENSOR
INSPIRA 1800
– Inspira RM1800

Harga Cermin Honda

– City RM1200
– Civic  RM2000
– CRV RM2500
– Accord RM3000
– Elysion  RM3000
– Odyssey RM3000

Harga Cermin Toyota

– Vios RM1200
– Avanza RM1500
– Unser RM2000
– Cambry RM3000
– Innova RM2000
– Caldina RM3000
– Estima RM3000
– Wish RM3000
– Alphard RM4000
– Harrier RM3000
– RAV4 RM3000
– Vellfire RM4000
– Hilux RM3000

Harga Cermin Naza

– Naza Citra RM1800
– Naza Ria RM3000

Harga Cermin Nissan

– Almera RM1200
– Grand Livina RM1500
– Teana RM3000
– X-TRAIL RM3000
– Sentra  RM1500
– Latio  RM1800
– Frontier RM3000

Harga Cermin Mitsubitshi

– L200 RM3000
– Grandis  RM3000
– Lancer RM2500
– Airtrek RM3000

Harga Cermin Kia

– Optima RM3000
– Picanto RM800
– Spectra RM1500

Harga Cermin Ford

– Econovan RM1800

Harga Cermin Chery

– Easter RM3000

Harga Cermin Suzuki

– Swift RM1600
– APV  RM2500

Harga Cermin Mazda

-Mazda CX5 RM3000
-Mazda 2 RM1800
-Mazda 6 RM3000

Harga Cermin Hyundai

– i10 RM1000
– Sonata YF RM3000
– Santa Fe RM3000

Harga Cermin Inokom

– Elantra RM2600
Harga Cermin BMW

– 525 RM4000
– 320 RM3000
– 325 RM3000
– X6 RM6000

Harga Cermin Volvo

– S60 RM3000
– V40 RM3000

Harga Cermin Mercedes Benz

– C200 K (A) RM4000

berikut adalah harga yang biasa dituntut.. untuk harga yang tepat boleh semak dengan harga Dr. cermin

wssp saya untuk sebutharga
0179226492
0179226492
0179226492
0179226492
0179226492

kuala terengganu road tax insurance takaful
banting roadtax insurance takaful
puchong road tax insurance takaful

untuk semakan harga roadtax boleh ke web
http://www.einsuran.com/roadtax.aspx

semoga dapat membantu anda semua..

takaful untuk semua

Monday, February 6, 2017

TAKAFUL (INSURANS) AM - MOTOR & NON MOTOR

KEPADA YANG TERINGIN UNTUK MEMBUAT / MENYAMBUNG INSURANCE (TAKAFUL) KENDERAAN MEREKA JANGAN SEGAN SILU. HUBUNGI SAHAJA KAMI.

KAMI BANTU, KAMI URUS, KAMI SELESAIKAN.

WSSP / CONTACT SY 017 9226492

EMAIL SAHAJA KEPADA KAMI KE sbj.global.resources@gmail.com

KAMI MENYELESAIKAN PELBAGAI URUSAN TAKAFUL AM

ANTARANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT

PELBAGAI TAKAFUL AM YANG ANDA PERLU TAHU DAN PERLU BUAT UNTUK LINDUNGI DIRI ANDA

ANTARANYA TAKAFUL KENDERAAN ANDA (FIRST PART @ THIRD PARTY) TERMASUK JUGA PERSONAL ACCIDENT (PA)

TAKAFUL MARIN 

TAKAFUL KEBAKARAN

TAKAFUL JURUTERA (ENGINEER)

TAKAFUL CONTRACTOR ALL RISK AND WORKMEN COMPENSATION

TAKAFUL PERLANCONGAN @ TRAVEL INSURANCE

HUBUNGI SAYA.. 
AGEN SAH 
MAYBANK BERHAD (ETIQA) 10%
TAKAFUL MALAYSIA (REBET SEBANYAK 15%) 

MENGIKUT TERMA DAN SYARAT

ATIEKAH 0179226492 (PUCHONG SELANGOR) / TERENGGANU
0179226492

BADROL (BANTING SELANGOR) / KEMAMAN / PAHANG
0179226492

EMILIYA (KLANG / SHAH ALAM / JOHOR SELANGOR)

ZAILAH (KUALA TERENGGANU, PAHANG @ KELANTAN)

AGEN JUGA DIPERLUKAN 

BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA 
0179226492

PAKAR MENYELESAIKAN URUSAN TAKAFUL (INSURANS) AM ANDA

MOTOR
KERETA
PROJEK
PERLANCONGAN
KARGO
UMRAH
KEBAKARAN
DAN LAIN LAIN LAGI

PERKHIDMATAN LAIN:-
RUMAH SEWA (BANTING & PUCHONG)
 KERETA SEWA (PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA)
HOMESTAY (BANTING)
CYBER CAFE (KUALA TERENGGANU)

fb kami:-




Monday, January 16, 2017

Peralatan Kerja kayu


Pengapit, pahat kikir dan sesiku L
Gergaji Kerat
 Pita pengukur
 Ketam tangan
Tukul besi

Circular Saw

Sander

Cordless

Portable Planer

Multi Cut Saw

Jig Saw

Router

Portable Table saw
 
copypaste untuk rujukan renovate (sendiri bikin) rumah

Sunday, January 8, 2017

Bank Draf / Wang pos @ Money Order

mana satu korang pilih?

kaunter bank atau kaunter pos..

pilihan di tangan anda

pada aku waktu rehat 1jam tidak cukup berada di kaunter pejabat pos (sangat hangin)

kaunter bank belum cuba belum tahu.

mana satu korang pilih?

Alahai Bank draf / money order???

sangat menguji minda jika berurusan dengan kaunter..

wahai masyarakat.. ubah lah mind set.. jika nak semak/buka akaun ASB tu korang boleh ke kaunter maybank/cimb bank.. bukan pejabat pos sahaja.

jika mahu bayar bil pergi lah agen-agen kaunter yang ada buat perkhidmatan bayar bil.. banyak kot jgn la focus pd pejabat pos sahaja. Korang takut sangat ke agen dapat duit korang? tidak sebenar nya.. dia orang tak ambil pun duit korang. dia dapat duit dari syarikat/syarikat yang korang langgan produk tu. sme juga peranan dia orang macam pejabat pos. kenapa mind set orang kite ni terlampau kolot. ubah lah wei..

kalau mahu pos barang pergi lah kamu ke cawangan pos seperti GDEX, SKYnet dan banyak lagi..

Kalau mahu sambung Rotax/Insurans kenderaan kamu pun boleh ke kaunter agen-agen berdaftar..sangat lah menjimatkan masa. takut di tipu? simpan lah slip. yang sebenarnya agen tak ada masa nak tipu duit korang. SEBAB??? dia orang berdaftar di Bank Negara. So dia orang pun kena jaga nama baik dia orang. Wahai rakyat malaysia.. ubah lah mind set anda..  Tolong Lah.

ZAMAN SAHAJ MAJU. TAPI OTAK KITA LANGSUNG TAK MAJU.

ZAMAN MAJU NI.. KENA HARGAI MASA.

TOLONG LA WEI..

Kesian dekat aku yang bekerja makan gaji ni.. korang business sendiri tak apa lah banyak masa menunggu. aku ni sejam je rhat.. sampai tak makan nak uruskan urusan yang tak sampai 5minit tp menunggu sampai 2jam belum tentu settle.

pada yang ingin membuat postage tu.. diminta buka akaun dengan pos laju lah.. korang tak payah duduk lama-lama dekat pejabat pos tu. tak pun beli prepaid aje lah.. tak pun beli tak sampul pos laju.. tapi kalau nak murah korang beratur lah. almaklum lah masa korang beratur tu tidak bernilai.. duit korang lagi bernilai.. WAHAI RAKYAT MALAYSIA.. JANGAN LAH ENGKAU MEMBAZIR MASA.. Kesiankan lah kepada orang lain yang ada urusan yang ganjil selain dari bayar bil, pos barang, ASB, Lesen korang tu. Sekian.. Wasalam..


Ada minat nk bukak Pejabat Pos Mini kat tempat anda?

Saya pernah bercita2 nk buka suatu masa dulu..tetiba masa cari2 info terjumpalah mende ni kat majalah.com

jom baca2…saya just copy n paste jer…

Pengalaman Pengusaha Pos Mini Berkomputer
 
Assalamualaikum,saya salah seorang pengusaha Pos Mini Berkomputer,saya di kawasan kuantan pahang,untuk pengetahuan yang berminat untuk mengusaha pos mini berkomputer ni.saya nyatakan syarat yang perlu untuk membuat permohonan pos mini berkomputer ni:-
Perkara wajib ada.

1.komputer
2.internet line
3.printer cetakan report (rm350.00)
4.ruang pejabat untuk kaunter
5.mengusaha perniagaan lain
6.peti besi yang diiktiraf
7.daftar niaga.
8.duit cagaran rm1000.00
9.Printer cetakkan bil (rm2500.00 kalau x silap,beli dengan pos)

Cara permohonan
==============
1.Surat rasmi
-sertakan alamat dan daftar niaga
-jarak antara pejabat pos yang sedia ada (tidak kurang dari 15km)
-bilangan rumah penduduk setempat(tak kurang 1000 buah rumah)
-tandatangan dan cop penghulu(sebagai sokongan permohonan)
2.Permohonan mesti dihantar ke pejabat pos besar negeri yang dipohon.
3.Untuk lebih kepastian pergi ke pejabat pos negeri,tanya lebih detail.
Bayaran elaun yang diterima pengusaha
============================
1.setiap satu kutipan bil dibayar 20sen sahaja.
2.bergantung kepada jumlah kutipan bil
(byk bil byk lah elaun)
3.mengurus surat n penjualan barang2 pos seperti setem or wang pos dan
sebagainya. (elaun biasanya sekitar rm150 sahaja)
'''oleh kerana keuntungan yang tidak banyak maka pihak Pos Malaysia menwajibkan pengusaha pos mini menjalankan perniagaan lain,tidak tertumpu kepada pos sahaja'''permohonan tidak akan diluluskan sekiranya tiada bisnis lain.
Dimana kita dapat kelebihan dalam mengusahakan pos mini ni
1.kedai kita jadi tumpuan org ramai,coz nak gi bayar bil or beli bayar produk
pos.
2.kita boleh menjual pelbagai jenis barangan runcit,aksesori telefon dan sebagai.
3.yang pasti orang akan datang ke kedai kita.coz perkhidmatan yang disediakan.
====sebulan paling banyak saya dapat elaun dari pos setakat ni adalah RM700.00 sahaja=====
inilah adalah salah satu stategi perniagaan yang baik dua or tiga dalam satu.
itu sahaja ikhlas dari saya.lebih detail pergilah ke pejabat pos negeri masing2
insyallah mereka sentiasa sedia melayan anda.
-diambil dari bicarajutawan
caner skang?ada hati lagi x nk buka pejabat pos mini?hahaha..surrender ar…

Thursday, January 5, 2017

Parcel Ezbuy

 saya order tilam kereta sampai selepas berangkat ke langkawi.. niat nak pakai masa ke langkawi.. tapi lambat sampai tidak seperti jadual.. sangat kecewa.. nanti guna buat balik kg jela.

tapi minat ke anak aku nak duduk atas benda ni.. hurm hemtam saja lah nakk..

barang pertama sampai order dekat ezbuy.. barang memang murah.. ship plak lama..walhal kos ship Rm8 + Rm8.80+ caj ship domestic china (ada caj ada tak caj.. biasa tak lebih Rm6)



Bila rasa curiga..

keep the copy..

al kisah nya.. bil air bila duduk flat ni rasa tbeban plak.. kalau duduk rumah teres tak kena bayar..

terbeban nya bukan ape.. rasa macam mahal sebab tariff air ni terlampau tinggi.. nama je flat kos rendah tapi bil air tarif mahal tak semena.. padahal sekarang duit maintenance pun dah kena bayar.. tak caj air pun tinggi lagi.. krjn negeri pun tak kan tak nampak keadaan penempatan tu macam mana..tak kan caj tinggi sangat..kalau industri tak apa jugak nak caj tarif tinggi pun.. ke pihak pengurusan flat yang sengaja meletakkan harga yang tinggi semata-mata nak bare u punya kos pengurusan. duit maintenace bulan-bulan tu tak kan tak cukup. kebersihan memang out.. kalau puas hati tu tak pa jugak bayar bulan-bulan. ke aku ke kuat komplen. ke orang lain tak kisah kalau tinggal dalam sampah. hurm..for me..kalau keluar duit untuk sesuatu.. aku kena pastikan aku puas hati..

tak apa lah.. setahun saja kntrak rumah sewa ni. insyallah lepas ni dapat lah duduk rumah sendiri. insyallah dipermudahkan segala urusan rumah kedua ku.. amin.. mohon bantuan ya allah..

kepada mu aku berserah..


aku up gambar dan delay bayar bil bukan ape.. aku nak tengok rekod bacaan air sahaja.. dari dulu bacaan 800 ingga 842 aje. curiga plak rasakan nya takut-takut lah korang ni bacaan bertindih-tindih..huhu.. curiga saja tak salah.. saya tidak menyalahkan siapa-siapa. 

mesti orang curiga juga.. yang kau up cerita ni bagai dah kenapa kan.. aku bukan ape.. bila bayar bil dia bagi resit tp dia tak sebut @ tulis pun meter bacaan sebelum dan selepas. so aku tak ada rekod.. rekod yang aku up ni plak ni ambik balik.

sebab tu lah aku snap gambar dan kumpul sampai tertunggak..haha. ko potong air aku nanti.. masak lah kena on the spot sambung balik.. kan ke menyusahkan kau.. aku bukan tak ada duit. saja je nak buat kajian. sekiannn...

Pantai Teluk Ketapang

my baby sangat takut dengan air bergerak..

PHOTO PHOTO LANGKAWI AJE

hari pertama selepas mandi.. lewat mandi almaklumlah waktu check in pkul2 petang..hehe





















gambar diatas semasa berada di air terjun telaga tujuh





kami mau pergi ke pulau menaiki bot.. yahooo..




ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...