okey kite straight to the point je..
pengalaman aku membeli rumah pertama.. rumah subsale je pn..single storey sahaja.. bermulanya niat nk beli rumah ni sbb aku nk kawin. sebelum kahwin aku nk pastikan aku ada rumah.. tak minat menyewa tp klau xde tpaksa jugak menyewa..
Aku kahwin umor 27tahun tahun 2016 (so lepas ni klau baca bley kire sdri la skrg aku umor berapa..ngeh ngeh ngeh). aku khwin bulan 2 time CNY. Sblm aku khwin tu aku usaha keras cari rumah, memang target nak dpt rumah lepas kahwin. masa khwin tu alhmdlh sbnr nya loan rumah pn dh lulus (alamak lompat cerita plak..hehe)..
Okey macam aku ckp td.. rumah yang aku beli tu rumah single storey sahaja. beli dengan agen dengan harga 136k sahaja..harga market rumah tu 160k. memang dah kautim ngn agen yang duit deposit pakai duit kwsp. mula-mula tu elok je kautim lepas tu macam2 ragam plak owner gtau nk duit deposit plak.. pening gak kepala nak pkir pasal duit deposit, dah la time tu nak kawin.. dua benda serentak nak pakai duit. tapi aku cool je wlwpn tpaksa pakai duit kahwin. 2k pakai tuk booking rumah lepas tu nego2 ngan agen bayar 6k je deposit.. 6k tu aku korek dengan abang aku, almaklum la nak tunggu EPF mmg lambat la. nak pakai duit personal loan mcm rugi. last2 mintak dengan abang. x kena bunga pape pun..hehe.
pasal loan plak.. bank yang aku mohon loan tu approved 85% je..walhal tu first house kot.. tp aku x mengelabah, aku sedar yang komitmen aku tinggi, dia nak approved 85% pn dh bsyukur, so total aku dapat loan 136k.. dapat cover 100% harga rumah aku beli.. korang tahu tak macam mana aku boley dapat 100% loan rumah tu, haa itu la gunanya tektik mencari rumah di bawah harga pasaran. bukan senang nak dapat tp akan ada jika dah namanya rezeki.. aku kira tu rezeki aku nak kahwin la tu..
okey pasal duit rumah aku dah settle, tadi aku ada cerita pasal nak keluarkan duit EPF kn. sbnrnya nk beli rumah ni banyak lagi nak pakai duit. kite kne sediakan duit untuk lawyer S&P, jurunilai, lawyer loan. time aku apply loan tu aku tak tahu sangat pasal apa yang aku boley mintak dengan bank. tak pasal-pasal rabak duit cash kne bayar lawyer loan and jurunilai. spttnya boley je mntak orang bank masukkan dalam loan. nasib baik insurns rumah dia masukkan sekali dalam loan rumah.. selamat 6.5k duit insurans.
Duit epf bakal suami dan duit epf aku, aku guna utk settlekan duit pnjam dengan abang dan baki duit tu aku buat bayar loan kenduri kahwin (buat loan ke..haha..mestilah) dan duit lawyer S&P 3.8k, duit lawyer laon 4k dan valuer RM800. jumlah keseluruhan cash 8.6k sahaja. 10% deposit dan booking dapat cash back dari loan bank..ngehngehngeh.. dan sekarang aku sudah pun berjaya miliki rumah sendiri pada hari aku kahwin plak tu...
dan nak dijadikan cerita plak tu, selepas setahun aku beli rumah tu, sekarang harga rumah tu dah 230k, dulu beli 136k je.. dh 94k untung dalam masa setahun. sekarang dalam proses untuk beli rumah kedua. da byr booking 5k, dh sebulan lebih dh tunggu owner selesaikan masalah cukai tanah ttunggak. mcm nak main tarik tali je aku cari lain la..huhu/ taktik sama juga aku guna. market rumah 160k tp owner sibuk plak suruh buat 150k je padahal bkn dia pn byr klau aku mntk loan lebih..huhu. rumah yang kedua ni kalau lancar dan tak ada halangan aku akan dapatkn cash back 20k. lawyer loan and value nak apply masuk dalam loan terus. lawyer s&p je aku nak bayar. tolak tambah terajang dapat cash back 15k pn okey la. boley buat renovation. EPF pn dh tak tebal..huhu
so guys, kesimpulannya..beli lah rumah..tak rugi pun..
sekian..
Kadang-kadang manusia nie gmbira, kadang2 sedey, snyi dan mcm2 kadang la.. aku doa kan sape2 yg mlawat blok ni sntiasa tenang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI
Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...
-
1. 1 . OBJECTIVETo outline the sequence of activities, method and resources needed for the operation of anti-termite ...
-
Saya pernah bercita2 nk buka suatu masa dulu..tetiba masa cari2 info terjumpalah mende ni kat majalah.com jom baca2…saya just copy n p...
-
Bahan-bahan: 1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya. 1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu 2 su...
No comments:
Post a Comment