Sebelum anda semua mula membaca hantaran dari saudari dari FB kita. Suka saya ingin menambah point yang belum disenaraikan. Antaranya adalah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Takaful Perumahan, Bill Syabas, Bil TNB, Bil Indahwater dan sekiranya masih ada lagi mohon warga waya senaraikan. ini adalah peringatan buat kita yang hidup serta ilmu yang perlu kita ada.. Suka juga saya ingin maklum, bukan hanya uruskan harta pusaka tapi kita wajib selesaikan faraid2 tersebut selain daripada hutang simati. Wallahualam..
Sila la baca pengalaman untuk menguruskan urusan-urusan yang dikongsikan oleh saudari Raha My
Amaran : post ini panjang dan akan bertambah dari semasa ke semasa.
Khidmat #1 : Pendaftaran Kematian
Pendaftaran kematian perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh
kematian di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk arwah, saya
lakukan di JPN Batu Pahat yang berdekatan dengan rumah mertua.
Bawa bersama:
- kad pengenalan (asal dan satu salinan) arwah dan juga pemaklum (saya)
- Permit mengubur dan laporan post mortem jika akibat kemalangan (asal
dan satu salinan).
Daftarkan kematian.
Sediakan tisu bersama kerana syahdu itu hanya yang mengalaminya akan
tahu.
Cadangan saya, buat banyak salinan kad pengenalan arwah kerana kad
pengenalan asal akan diambil oleh JPN dan tidak dikembalikan.
Salinan kad pengenalan arwah mungkin akan diperlukan untuk urusan-urusan
lain juga.
Khidmat #2 : Penutupan Akaun Bank/TH/ASB
Untuk apa-apa urusan ini jika bukan isteri/suami yang menguruskannya,
perlu bawa bersama bukti pertalian sama ada salinan sijil kelahiran (untuk
ibu/bapa/adik beradik). Jika pasangan, mesti bawa bersama sijil nikah.
Maklumat bank akaun/buku akaun tidak penting untuk dibawa bersama kerana
semuanya ada dihujung jari.
Arwah suami saya ada beberapa bank akaun dan beberapa kad ATM. Ada yang
saya tahu nombor pin dan ada juga yang tidak saya ketahui. Bagi yang saya tahu,
telah saya keluarkan wangnya sebelum maklumkan kepada bank untuk ditutup. Tak
salah ke? Biarlah Allah yang tentukan kerana wang itu amat berguna untuk saya
selesaikan hutang arwah dan juga kegunaan anakanda.
i. RHB
Sangat susah nak tutup akaun RHB. Perlu ke home branch. Oleh kerana
sudah tiada wang didalamnya, maka saya putuskan untuk biarkan sahaja menjadi
dormant.
ii. ASB
Boleh mohon khairat kematian juga di ASB bergantung kepada amaun
simpanan yang ada. Bolehlah lepas belanja dapur. Pastikan bawa bersama sijil
kematian, sijil nikah, dan kad pengenalan waris (asal dan salinan). Khairat
kematian dibayar tunai sebanyak RM200. Jumlah sebenar khairat kematian
bergantung kepada jumlah simpanan.
RM1 - RM5000 : RM200
RM5001 - RM10000 : RM1,000
Lebih RM10,000 : RM2,000.
Baki khairat kematian (jika ada dibayar secara cek).
Jika simpanan ASB kurang RM5,000 pengeluaran disebabkan kematian boleh
dibuat terus tanpa memerlukan pelantikan Pentadbir Harta. Jika lebih, perlu
melalui proses pembahagian harta pusaka.
Oleh kerana arwah ada ambil ASB loan, maka perlu selesaikan dahulu
bersama bank peminjam.
Nanti akan disambung catatan ini.
18 Feb 2019. Setelah dimaklumkan bahawa pinjaman sudah diselesaikan,
maka saya ke pejabat/kaunter ASB untuk urusan selanjutnya iaitu mendapatkan
maklumat baki akhir akaun ASB arwah. Perlu kemukakan sijil kematian, sijil
nikah/bukti hubungan suami/isteri atau adik beradik etc dan juga salinan kad
pengenalan pemohon (saya). Bayaran untuk mendapatkan maklumat baki bagi tujuan
pembahagian pusaka adalah RM10. Setelah saya mendapat maklumat ini, saya perlu
uruskan pula bersama harta pusaka yang lain dibawah pentadbiran pusaka kecil.
20 Sept 2022
Urusan telah selesai. Sebaik mendapat surat kuasa dari Pejabat Tanah,
saya terus ke ASB dan urusan diselesaikan dengan segera. Bawa bersama dokumen
seperti IC dan surat kuasa dari pejabat tanah.
Jadinya untuk pengeluaran akibat kematian bagi ASB/Akaun Amanah dibawah
PNB, perlu datang ke PNB sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali.
1. Maklumkan kematian dan tuntut khairat kematian. Dapatkan maklumat
jika arwah ada membuat pinjaman ASB etc. Jika ada, uruskan segera bersama bank
peminjam.
2. Dapatkan salinan pengesahan baki akaun (selepas akaun pinjaman
ditutup - jika ada pinjaman) dan uruskan sama ada melalui Amanahraya, Pejabat
Tanah (pusaka kecil) atau Mahkamah Tinggi.
3. Kemukakan surat kuasa (Power of Attorney) kepada ASB untuk agihan
dibuat mengikut faraid/persetujuan waris. Nanti apabila sudah ada surat kuasa
saya akan kemaskini semula.
iii. MAYBANK
Untuk MBB arwah ada beberapa akaun di beberapa cawangan berbeza. Sangat
mudah disini kerana boleh selesaikan dicawangan yang sama. Pastikan bawa
salinan sijil kematian, kad pengenalan, sijil nikah mencukupi kerana satu
salinan untuk setiap branch yang berbeza.
Bagi akaun dengan jumlah kurang RM5,000 di dalam satu akaun, hanya perlu
berikan maklumat nombor akaun MBB waris dan nanti wang akan dikreditkan kedalam
akaun waris. Tak perlu melalui proses pembekuan akaun dan sebagainya. Mudah.
Jadi, pastikan anda hanya ada RM5ribu sahaja dalam akaun. Kalau lebih dari
RM5ribu masih perlu lalui proses pusaka seperti biasa.
Arwah suami juga ada mengambil pinjaman ASB di Maybank. Jadi, uruskan
pula di bahagian Pinjaman. Bawa bersama dokumen sokongan asal dan salinan
seperti sijil kematian, sijil nikah, permit mengubur, laporan polis dan post
mortem (jika kemalangan), salinan kad pengenalan arwah dan juga waris.
Tujuan saya uruskan pinjaman dengan segera supaya bayaran bulanan dapat
dihentikan dan tuntutan kepada pihak insuran dapat dilakukan dengan segera.
Ini juga boleh dibuat dimana-mana cawangan dan akan dihantar ke cawangan
dimana akaun dibuka.
20 Sept 22
Kelulusan diperolehi dalam sebulan atau kurang. Kena follow up untuk
dapatkan status terkini.
Sebagai peringatan juga, catatkan dan tanyakan juga nombor akaun arwah
beserta baki yang ada didalam akaun. Ini bagi memudahkan kita mengenalpasti
wang yang dimasukkan di dalam akaun. Silap saya kerana tidak membuat catatan
menyebabkan saya tidak pasti dan perlu bertanya kepada Bank adakah akaun sudah
ditutup. Bank juga tidak/belum mengemukakan nota kredit/credit advice kepada
saya hingga hari ini (15 Jan 19).
18 Feb 2019, saya sudah dapat pengesahan lisan bahawa akaun pinjaman
arwah suami sudah ditutup. Akaun berjaya ditutup setelah saya buat sedikit
bayaran kerana rupanya masih ada outstanding payment yang perlu diselesaikan
sebelum akaun ditutup, dan pihak insurans membuat bayaran kepada bank.Jadi,
cash adalah sangat penting kerana akan ada sahaja bayaran-bayaran yang mungkin
kecil jumlahnya, tapi jika tidak dibayar tindakan selanjutnya tidak dapat
diambil.
iv. TABUNG HAJI
Kalau muslim, hampir pasti akan ada akaun TH.
Urusan di TH pun mudah sahaja. Pastikan bawa bersama dokumen-dokumen
sokongan seperti biasa (IC kedua-dua arwah dan waris, sijil kematian. Sijil
nikah tidak diambil tapi perlu dibawa bersama untuk semakan). Di TH dokumen
sokongan yang diperlukan adalah DUA salinan. Pastikan bawa lebih.
Ada juga deklarasi daripada waris yang setelah wang diterima (dimasukkan
dalam akaun TH waris/cek) akan diagihkan kepada waris-waris yang berhak
mengikut persetujuan waris/faraid. Jadi, TH sudah tiada urusan untuk pastikan
agihan dibuat mengikut syarak.
Borang permohonan dihantar ke HQ untuk diproses dan wang akan
dikreditkan dalam akaun TH dalam tempoh sebulan.
Sekali lagi, semak berapakah baki yang ada di dalam akaun TH arwah bagi
memudahkan pengenalpastian jumlah yang akan dimasukkan di dalam TH pemohon.
v. CIMB
Saya ke CIMB Bank dengan harapan proses penutupan akaun yang mudah
seperti Maybank. Ya la, bank yang besar dan banyak cawangan kan. Tapi, hampa.
Rupa-rupanya hampa. Bukan setakat perlu ke home branch yang jauhnya
berkilometer dari rumah, saya juga perlu bawa bersama dua orang saksi hanya
untuk menutup akaun arwah.
Oleh kerana amaun yang ada di dalam akaun sangat minimum, maka saya
memutuskan hanya akan menuntutnya selepas 7 tahun (unclaimed money).
Pokoknya, tak payahlah buka akaun CIMB.
Khidmat #3 : Upah Haji dan Ibadah korban
Sebaiknya, bagi yang masih hidup dan belum menunaikan haji, berwasiatlah
kepada waris supaya dilaksanakan haji bagi pihak arwah.
Untuk arwah suami, sudah mendaftar dengan TH tapi masih belum rezeki
untuk tunaikan haji. Makanya, satu lagi khidmat saya kepada beliau adalah untuk
laksanakan Upah Haji bagi pihak beliau pada musim haji akan datang (2019) dan
pada masa yang sama kami juga bercadang untuk laksankan ibadah korban bagi
pihak arwah. Mana nak dapat duit?. Lakukanlah dan selesaikan khidmat#2 secepat
mungkin. Insya Allah dibukakan pintu rezeki. Ustaz Ahmad Salahuddin Harun, akak book satu slot ya
musim haji 2019.
Khidmat #4 : LHDN
Mungkin ada yang tak nampak keperluan semakan ini. Tapi, saya pun tak
mahu arwah ada berhutang lagi dengan sesiapa. Jadi LHDN pun masuk juga dalam
senarai. Mana tahu ada tax credit, boleh bantu selesaikan hutang atau buat upah
haji.
Berdasarkan semakan, arwah tiada berhutang dengan LHDN dan LHDN pun
tiada berhutang dengan arwah. No further action kerana sistem di LHDN ada link
dengan JPN jadi tanpa pemberitahuan puan LHDN boleh tahu pembayar cukai sudah
meninggal.
Khidmat #5 : SEMAKAN HUTANG
Ada sesetengah orang, sangat tersusun kemas dan semua dokumen tersusun
rapi. Bila berlaku kematian, mudah saja nak urus. Semua Pentadbir Pusaka (Wasi)
yang uruskan. ada juga orang, suka berahsia dan tak ada rekod yang proper. Tak
kisahlah arwah orangnya yang mana satu, untuk pastikan tak ada hutang-hutang
arwah yang kita terlepas pandang, boleh buat semakan hutang dengan CCRISS.
Caranya, bawa dokumen sokongan berkaitan (seperti biasa, sijil kematian,
sijil nikah, ic) dan bawa ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat semakan.
Saya baru dapat maklumat semakan boleh dibuat tapi saya belum buat lagi
kerana saya belum boleh bermusafir (sedang beriddah dan berkabung). Akan saya
kemaskini kelak selepas saya berjaya menyemak.
Satu lagi, saya juga buat semakan di JPJ untuk tahu jika arwah ada
hutang beli kenderaan.
Khidmat #6 : KWSP
Seperti biasa, dokumen sokongan asal dan salinan mesti dibawa. Semakan
akan dibuat untuk pastikan arwah ada membuat penamaan. Oleh kerana arwah suami
saya bekerja sendiri, tak banyak wang disimpan di dalam KWSP. Tapi, KWSP ada
khairat kematian sebanyak RM2,500. Jadi, walaupun tak banyak tetaplah berbaloi
untuk diselesaikan.
Ada beberapa syarat perlu dipatuhi sama ada dari segi amaun simpanan dan
juga sama ada penamaan dibuat atau tidak.
Arwah suami tidak membuat penamaan tetapi amaun simpanan kurang dari
RM25k (kalau tak silap), jadi tetap boleh diproses dan bayaran dimasukkan di
dalam akaun dalam tempoh 21 hari bekerja.
Jangan lupa bayarkan zakat apabila dapat wang tu nanti ya.
Khidmat #7 : PERKESO
Ada yang cadangkan semak dengan PERKESO mana tau boleh mohon khairat
kematian/pencen ilat. Tapi arwah tidak mempunyai tempoh bekerja yang mencukupi
(24 months) untuk layak dipertimbangkan apa-apa jenis bantuan. Anyway, worth
trying.
Khidmat #8 : Semakan SAMAN
Sebagai pemandu kenderaan tegar, pasti ada kalanya terbawa laju. Maka
nya saya juga ada membuat semakan saman PDRM untuk pastikan semua saman
dibayar.
Kaedah semakan mudah sahaja. Hanya sms POLIS SAMAN NO KEND/NO IC dan
hantar ke 15888.
#khidmatterakhir
#urusanselepaskematian
#diizinkansharejikabermanfaat
P/s : nota ini ditulis supaya boleh dijadikan panduan untuk mereka yang
memerlukannya. We never know.