Tuesday, March 19, 2024

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

 

Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Islam. INI HANYALAH PANDANGAN IBUBAPA iaitu saya sahaja yang tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa, malah sama-sama lah berubah kearah yang lebih baik. 

Disaat rakyat sedang di tekan dengan kos sara hidup, rakyat juga kena fikir ke mana tempat nak pastikan anak-anak peroleh ilmu yang bermanafaat selain meninggalkan anak-anak mereka saat ibubapa bekerja yang sesetengahnya tanpa mendapat sebarang bantuan oleh pihak kerajaan.

Saya tidak suka untuk ulas tentang pusat Pendidikan awal kanak-kanak dibawah kerajaan kerana bukan semua suka dengan pendekatan di sekolah kerajaan. Mungkin kerana silibus, kaedah pembelajaran, guru yang terhad tapi anak-anak didiknya yang ramai serta saya sendiri khuatir anak terabai selain ia mempunyai kuota-kuota tertentu sahaja iaitu bukan semua yang layak masuk.

Apatah pusat-pusat swasta yang lain yang kita sedia maklum yurannya dan bulanannya amatlah mahal dek kerana gaji minima, kos sewa mahal, kos makanan minum yang mahal serta caruman wajib. Bukan semua ibubapa itu berkemampuan kerana tekanan kos sara hidup sekarang. Jadi pilihan segelintir ibubapa adalah Pusat Asuhan Tunas Islam.

Selain itu, Kita juga boleh dengar luahan2 ibubapa di media sosial tentang ramainya murid di sekolah kebangsaan sekarang ini. Disini bukan tugas saya untuk mengajar kerajaan untuk membina sekolah-sekolah kerana pertambahan penduduk tempatan. Seeloknya Kerajaan lebih utamakan tugas penting mereka. Sepatutnya kerajaan perlu lebih bersyukur kerana mempunyai pusat-pusat asuhan tersebut, sekurang-kurangnya tidak perlu membina sekolah dan melantik guru.

Tentang nasib pekerja pula, bukanlah kita menidakkan hak mereka untuk mendapat elaun yang tinggi dan amatlah berbesar hati jika kerajaan memberi peruntukan untuk meningkatkan elaun-elaun sukarelawan Pusat Asuhan Tunas Islam ini sebagaimana pihak kerajaan memberi peruntukan kepada pusat Pendidikan swasta (sekolah cina) TETAPI jangan lah menyusahkan ibubapa yakni Rakyat kerana, sekiranya gaji dinaikkan dan caruman diwajibkan sudah pasti balasannya yuran juga kena mahal. Cukup lah membebankan rakyat.

Beruntungnya kita mempunyai badan kebajikan seperti ini, sedikit sebanyak ia membantu kita mengurangkan tekanan keatas kos sara hidup sekarang yang sungguh menekan para ibubapa. Kiranya lebih baiklah kerajaan fokus untuk mengawal kos-kos sara hidup yang tinggi ini. Menaikkan Kadar upah bukan lah jalan terbaik kerana naiknya kadar upah, harga-harga barang keperluan dan perkhidmatan juga turut naik.

Anda semua pasti terasa seperti kakitangan-kakitangan sukarelawan ini tersakiti kerana kadar bayarannya rendah. Apakah kita rasa, jika kita tidak suka sesuatu tempat kerja itu, kita dipaksa untuk kekal disitu? Sudah pasti tidak bukan.

Selain itu, sesetengah Pusat Asuhan juga menangung kos makan minum. Seandainya makan 2 atau 3 kali sehari, bukankah kos makan tersebut minimanya dalam RM20-25 sehari. Sekiranya sebulan sebanyak RM400-RM500 dibelanjakan untuk makan. Saya kira mereka juga banyak peroleh manafaat2 seperti insentif tahunan, komputer riba, lawatan tahunan dan macam-macam lagi. Jika hendak dibandingkan dengan pekerja swasta gaji minima dimalaysia ini, sukarelawan di Pasti lebih beruntung.  

Akhir kata, bukanlah kerana isu gaji atau caruman semata-mata, sekiranya hendak bantu maka bantulah tapi bukan menambah kesusahan rakyat marhaim ini, mereka sedang dalam ketakutan dengan bayangan mereka sendiri kerana badan ini dari hari ke hari mengukuh. Fokuslah benda yang memberi manafaat kepada anak remaja kita diluar sana yang moralnya perlu mendapat bimbingan. Ayuh kita lahirkan anak-anak yang menerapkan pengajian islam. Marilah sama-sama berganding bahu untuk meningkatkan sistem tapi bukan menjatuhkan.

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...