Tuesday, February 2, 2021

BENARKAH KEPUTUSAN BERHENTI BEKERJA?

Dilema setiap insan yang bernama manusia. Lumrah manusia memang perlu bekerja untuk memenuhi keperluan dan kehendak untuk terus hidup. 

Aku!!!! ya aku.. bilakah waktu itu? Sudah sampai masa untuk aku checklist mengikut saranan pakar-pakar serta warga-warga blogger/web. 

Berikut antara faktor yang perlu diambil kira sekiranya ingin berhenti bekerja / bekerja sendiri yang aku kira penting untuk semua orang :-

- Simpanan / tabung / Pelaburan

- Backup Plan

- Hutang

- Ilmu

- Support serta restu / positif people

- Tawakal

Apa relevannya dengan diri aku berdasarkan faktor-faktor yang aku senaraikan diatas? adakah aku antara salah seorang yang sudah sampai tahap untuk bergerak sendiri atau perlu kekal makan gaji?

Tidak semua orang mampu untuk memulakan perniagaan sendiri atau erti kata lain berhenti kerja makan gaji sebab skill itu adalah anugerah. 

Aku cuba kaitkan faktor-faktor diatas dengan diri aku sendiri. 

1. Simpanan / tabung / Pelaburan? Setakat ini belum sampai tahap 6bulan/12bulan/24bulan simpanan yang aku ada, hanya sekadar untuk meneruskan hidup hari demi hari dengan bantuan ilahi dan ehsan suami.Tak kan tak ada langsung? ada hampir 10tahun bekerja dengan orang dan offcoz aku ada simpanan tua iaitu EPF. Selain tu adalah sedikit melabur dalam Koppim bru je tahun lepas. SSPN-i pun baru sahaja konsistan dalam 2 3 tahun. Sedikit simpanan emas yang aku kira mampu bertahan untuk 6bulan sahaja.

2. Backup Plan? Apakah yang aku buat? Setakat ini, disamping ada gaji tetap tiap bulan dah hampir 3 tahun aku buat business takaful am secara partime. Income semestinya biasa-biasa saja kerana buat secara online sahaja. Rajin iklan dan follow up adalah jualan. 

3. Ilmu? Ilmu apa yang aku ada untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini? Aku seorang profesional. kerja melibatkan diri dengan urusan kontraktor. orang kata kontraktor ni kaya raya.. aku hanya mampu tersenyum. bukan semua bertuah. aku aminkan siapa yang cakap jadi kontraktor cepat kaya. selain ilmu dalam bidang pembinaan aku juga cari ilmu dan bidang takaful. dari mana? aku cari sikit demi sikit melalui pembacaan dekat internet dan dari seminar-seminar. aku kira itu je ilmu untuk pekerjaan yang aku ada. ilmu lain tak perlu di terangkan kerana tidak perlu untuk di tulis.. :)

4. Hutang? Hutang ni dua sahaja katogerinya. a. baik, b. buruk. apakah hutang baik yang aku ada hutang 2 buah rumah dan 2 pinjaman ptptn yang masih berbaki 18k lagi. Apa hutang buruk aku? tiada agaknya. kad kredit? ada pakai tapi aku buat rolling untuk business takaful aku. tiap bulan ada outstanding tetapi diselesaikan untuk bulan seterusnya. aku kira itu pendapatan buat aku sebab? aku dapat bonus dari pengunaan kad kredit. gunalah dengan bijak :)

5. Support (dorongan) / positif people? hanya keluarga sahaja. kawan? ada la sorang dua. aku lebih suka berniaga untuk rakyat malaysia daripada kawan-kawan. aku doakan kawan-kawan aku semua berjaya dunia akhirat. tidak lupa keluarga. sudah pasti aku doakan yang terbaik buatmu semua. 

6. Tawakal? Perkara yang paling susah tapi sekiranya anda tidak buat anda akan gagal. sebab apa? Rezeki itu adalah dari yang ESA. Usaha doa tawakal dengan yakin insyallah anda akan berjaya. Aku mampu buat? masih mengumpul semangat itu. 

mengikut apa yang telah disarankan, hampir 99% aku sudah mencapai tahap untuk meninggalkan bos / bina kerja sendiri tapi aku tidak mahu mulakan lagi. sebab? kita semua tahu sekarang ni ekonomi tidak menentu, sudah pasti segala perancangan aku di tangguhkan terlebih dahulu. aku kekal sebagai insan yang menerima gaji tiap-tiap bulan dengan bos yang sama hampir 6tahun berkhidmat. Syarikat yang aku kerja tidaklah mengikut cita rasa anda diluar sana. mana taknya, selepas 1tahun berkhidmat barulah di beri cuti tahunan sebanyak 14hari. selepas 5tahun layak 18hari. now aku layak untuk menikmati 18hari cuti tahunan. jika shari sahaja ambil cuti dalam 1bulan. anda bakal kehilangan $200 elaun kedatangan. lewat walaupun 5minit potong gaji, medical claim tiada. kejam bukan, tp kenapa aku stay lama? target aku mudah, kalau cukup makan aku stay. sebenarnya banyak faktor yang mendorong aku untuk kekal, faktor utama adalah anak dan komitmen sebelum. setelah hampir 6tahun aku berkhidmat, alhamdullilah kini aku bebas komitmen dan hanya fokus untuk dana anak-anak sebelum buat keputusan untuk berhenti makan gaji dengan majikan iaitu bekerja sendiri. 

tapi jangan gembira dulu tuan puan, sebab sepanjang aku memerhati, kebanyakan kawan dan saudara aku yang memulakan business sendiri tidak punya banyak masa rehat seperti makan gaji. sebab apa? adalah mustahil untuk mendapatkan waktu kerja 8jm sehari dan 5hari seminggu. kebanyakkan lebih 8jam dan lebih dari 5hari seminggu. namun jangan gusar sudah pasti ada bidang yang menyeronokkan, aku yakin jika kita buat apa yang kita suka pastinya bekerja seharian pun tidak merasa penat/lelah. adakah anda bersedia? jika sudah, mulakan langkah mu ke arah itu dengan segera. semoga berjaya.

Monday, February 1, 2021

Liku-Liku perjalanan hidup sebagai professional

Selamat sejahtera buat pembaca sekalian. Semoga semua dalam keadaan yang baik di musim PKP ini. aku tahu ramai yang dalam keadaan sukar buat masa ini kerana kelembapan ekonomi sejagat. Disini ingin aku berkongsi sedikit pengalaman, pengalaman ini bukanlah untuk menunjuk bahawa aku orang yang hebat. owh tidak sama sekali. ia adalah sekadar pembakar semangat buat orang-orang yang ingin meneruskan kehidupan yang lebih baik semata-mata. aku tidak pandai menulis cuma aku ingin katakan bahawa Yang Baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan.

Pada tahun 2005 aku menduduki peperiksaan SPM dan berpeluang menyambung pendidikan dalam bidang pembinaan selama 5tahun di universiti tempatan. seperti akukatakan aku bukanlah insan yang hebat, keputusan semasa belajar juga bukanlah hebat mana, cuma aku berbekalkan AZAM. begitu juga sekarang, setelah hampir penat lelah, masih juga usaha sehingga hujung nyawa. 

Setelah tamat pendidikan pada pertengahan tahun 2011 selepas itu aku bekerja biasa di sebuah pasaraya selepas itu pada awal tahun 2012 aku mula mendapat tawaran dalam bidang pengajian yang aku pelajari. Gaji yang agak rendah pada saat itu, hanyalah 1.2k sebulan tp lebih tinggi dari gaji pasaraya yang pada saat itu jumlah tersebut sebenarnya agak besar.

Saat itu aku masih tidak mengerti mengenai komitment kewangan dan aku fikir wang gaji yang aku dapat itu sungguh besar dan aku hampir menyimpan sehingga 80%, almklm pada waktu itu aku tinggal dengan keluarga iaitu tidak perlu bayar duit sewa melainkan duit minyak motosikal yang aku beli hasil dari duit PTPTN (berharga RM2000 moto 2nd yang aku pakai sehingga kini, skrg suami pakai buat kerja). kerana saat itu aku tahu yang keberkatan itu datang jika kita menyumbangkan gaji kite kepada orang tua kita. sejak 2011 aku mula bekerja sehingga 2021 sekarang tidak pernah walau sekali aku lupa untuk menyumbang kepada diaorang walaupun ada seringgit dan asbab perbuatan aku ini juga aku yakin yang sukar buat aku untuk menjalani kehidupan tanpa sesuap makan. maksud aku rezeki yang tidak pernah kering. 

Tahun 2012 bekerja sebagai site qs yang di transfer ke tapak yang jauh dari kampung halaman. syukur saat itu gaji ada kenaikan dan dapat elaun serta dapat kemudahan rumah sewa serta kereta. maka dengan itu macam biasa duit gaji yang diperolehi kebanyakannya adalah disimpan. Setelah hampir setahun lebih aku bekerja di tapak tersebut, oleh sebab pengurusan kewangan syarikat yang tidak baik aku dapat bayangkan akan kejatuhan syarikat pada saat itu. namun aku bertindak pantas iaitu mencari backup kerja di tempat lain dan alhamdullilah aku dapat peluang kerja di tempat aku menuntut ilmu. dengan kadar bayaran 30% lebih tinggi. aku seorang yang tidak suka undur atau pandang belakang. bukan semata-mata mengejar gaji yang besar tapi aku juga manusia yang sukakan ilmu, walaupun sudah bekerja, aku tetap luaskan ilmu pekerjaan, sebenarnya bidang professional ini bukan 1 bidang semata-mata. walaupun anda diberi jawatan A tapi anda perlu juga menuntut ilmu B dan C. 

walaupun aku bekerja sebagai qs tetapi aku juga mengasah skill aku sebagai planner, QAQC atau Engineer, aku cungkil segala ilmu daripada beliau dan upgradekan skill aku. Peluang kerja kedua aku adalah sebagai Site coordinator. Oleh sebab aku mempunyai kepakaran/ilmu dalam pelbagai kerja aku mampu melaksanakan kerja tersebut dengan baik. seperti biasa, korang akan faham bahawa setiap syarikat akan meminamakan kos pengurusan, sekiranya staff beliau mahir dalam segala bidang itu adalah lebih baik dari dia melantik ramai-ramai pekerja dalam satu tempat kerja. Kerja banyak? sebenarnya kerja yang banyak itu akan labih mudah jika kita ada skill serta pantas dalam menguruskan sesuatu pekerjaan. kaedah ini berkesan untuk projek kecil sehaja. sudah pasti jika volume projek itu besar perlukan pekerja yang ramai. tidak dinafikan tapi aku ada target aku sendiri. 

Aku adalah insan yang aktif dan akan mudah merasa bosan sekiranya pekerjaan aku tidak berjalan dengan baik, dari hari ke hari, tahun ke tahun pekerjaan seperti biasa, sekiranya aku bosan aku akan tukar pekerja sehinggalah tahun 2017 iaitu era pembangunan teknologi yang makin pesat. aku mula memulakan pekerjaan sampingan, alang-alang era teknologi makin pesat kenapa kita tidak aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Macam aku katakan tadi, hidup aku, aku ada target aku tersendiri, aku orang yang tidak suka bekerja dengan syarikat yang besar yang terlampau banyak protokol kerana aku lebih suka bekerja dengan bos yang boleh direct komunikasi. Oleh sebab aku tidak suka libatkan diri dengan syarikat besar aku cari syarikat yang kecil tapi berpotensi untuk kekal. ya kekal. 

saat semua struggle untuk mengekalkan jawatan dan pekerjaan, syukur aku masih kekal bekerja seperti biasa dan tidak terkesan dengan apa yang berlaku walaupun suami aku sendiri salah seorang mangsa diberhentikan kerja kerana Covid-19 yang sehingga sekarang pekerjaan beliau masih belum pulih dan kini telah beralih bidang ke bidang perkidmatan yang aku rasa juga bagus untuk masa sekarang. juga tidak d nafikan pekerja yang datang silih berganti tetapi aku tetap disini, kenapa? kerana ilmu yang aku ada. ya ilmu. saat sekarang mustahil untuk syarikat mempunyai pekerja yang ramai kerana dana dan kesukaran untuk mencari projek yang baru. untuk makluman, syarikat yang aku kerja sekarang hanyalah sebuah syarikat kontraktor projek jalan yang mana kita semua tahu bahawa jalan juga keperluan buat kita semua, bukan sahaja makan semata-mata. dalam memilih pekerjaan/menyambung pelajaran sekurang-kurangnya kita kena tahu market yang kite ceburi di masa depan samaada cerah atau sebaliknya dan sudah pasti semuanya adalah berbalik kepada rezeki. Yakinlah rezeki yang DIA akan kurniakan. 

Dalam pekerjaan jangan pernah ada sikap tanguh, nanti dan lain kali, pastikan kerja yang diberikan itu siap sebelum anda memberi perhatian pada urusan lain. seperti aku, kerja bidang profesional tidak semestinya sibuk sepanjang masa, kadang-kadang sibuk sampai makan pun tidak sempat, kadang-kadang mengantuk bagai nak gila sebab tidak ada kerja yang hendak diuruskan. Hidup kena lebih bijak, sekiranya anda berkemampuan, tidak salah untuk mengisi masa anda itu dengan urusan yang lebih berfaedah. Aku mula mendaftarkan diri sebagai seorang agen takaful kerana pekerjaan aku sekarang yang hampir 9tahun ini ada ruang-ruang kekosongan oleh sebab itulah, untuk mengelakkan dari ada perasaan rasa nak berhenti bekerja, maka aku ceburkan diri sebagai partime agent takaful am. kadang-kadang aku juga buat kerja freelance professional as a planner. untuk apa? kerana hidup ini adalah suatu perjalanan. suatu saat pasti ada penghujungnya dan yang pasti apa yang aku lakukan itu amat membantu saat semua terkesan dengan ekonomi masa kini.


ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...