Monday, January 16, 2017

Peralatan Kerja kayu


Pengapit, pahat kikir dan sesiku L
Gergaji Kerat
 Pita pengukur
 Ketam tangan
Tukul besi

Circular Saw

Sander

Cordless

Portable Planer

Multi Cut Saw

Jig Saw

Router

Portable Table saw
 
copypaste untuk rujukan renovate (sendiri bikin) rumah

Sunday, January 8, 2017

Bank Draf / Wang pos @ Money Order

mana satu korang pilih?

kaunter bank atau kaunter pos..

pilihan di tangan anda

pada aku waktu rehat 1jam tidak cukup berada di kaunter pejabat pos (sangat hangin)

kaunter bank belum cuba belum tahu.

mana satu korang pilih?

Alahai Bank draf / money order???

sangat menguji minda jika berurusan dengan kaunter..

wahai masyarakat.. ubah lah mind set.. jika nak semak/buka akaun ASB tu korang boleh ke kaunter maybank/cimb bank.. bukan pejabat pos sahaja.

jika mahu bayar bil pergi lah agen-agen kaunter yang ada buat perkhidmatan bayar bil.. banyak kot jgn la focus pd pejabat pos sahaja. Korang takut sangat ke agen dapat duit korang? tidak sebenar nya.. dia orang tak ambil pun duit korang. dia dapat duit dari syarikat/syarikat yang korang langgan produk tu. sme juga peranan dia orang macam pejabat pos. kenapa mind set orang kite ni terlampau kolot. ubah lah wei..

kalau mahu pos barang pergi lah kamu ke cawangan pos seperti GDEX, SKYnet dan banyak lagi..

Kalau mahu sambung Rotax/Insurans kenderaan kamu pun boleh ke kaunter agen-agen berdaftar..sangat lah menjimatkan masa. takut di tipu? simpan lah slip. yang sebenarnya agen tak ada masa nak tipu duit korang. SEBAB??? dia orang berdaftar di Bank Negara. So dia orang pun kena jaga nama baik dia orang. Wahai rakyat malaysia.. ubah lah mind set anda..  Tolong Lah.

ZAMAN SAHAJ MAJU. TAPI OTAK KITA LANGSUNG TAK MAJU.

ZAMAN MAJU NI.. KENA HARGAI MASA.

TOLONG LA WEI..

Kesian dekat aku yang bekerja makan gaji ni.. korang business sendiri tak apa lah banyak masa menunggu. aku ni sejam je rhat.. sampai tak makan nak uruskan urusan yang tak sampai 5minit tp menunggu sampai 2jam belum tentu settle.

pada yang ingin membuat postage tu.. diminta buka akaun dengan pos laju lah.. korang tak payah duduk lama-lama dekat pejabat pos tu. tak pun beli prepaid aje lah.. tak pun beli tak sampul pos laju.. tapi kalau nak murah korang beratur lah. almaklum lah masa korang beratur tu tidak bernilai.. duit korang lagi bernilai.. WAHAI RAKYAT MALAYSIA.. JANGAN LAH ENGKAU MEMBAZIR MASA.. Kesiankan lah kepada orang lain yang ada urusan yang ganjil selain dari bayar bil, pos barang, ASB, Lesen korang tu. Sekian.. Wasalam..


Ada minat nk bukak Pejabat Pos Mini kat tempat anda?

Saya pernah bercita2 nk buka suatu masa dulu..tetiba masa cari2 info terjumpalah mende ni kat majalah.com

jom baca2…saya just copy n paste jer…

Pengalaman Pengusaha Pos Mini Berkomputer
 
Assalamualaikum,saya salah seorang pengusaha Pos Mini Berkomputer,saya di kawasan kuantan pahang,untuk pengetahuan yang berminat untuk mengusaha pos mini berkomputer ni.saya nyatakan syarat yang perlu untuk membuat permohonan pos mini berkomputer ni:-
Perkara wajib ada.

1.komputer
2.internet line
3.printer cetakan report (rm350.00)
4.ruang pejabat untuk kaunter
5.mengusaha perniagaan lain
6.peti besi yang diiktiraf
7.daftar niaga.
8.duit cagaran rm1000.00
9.Printer cetakkan bil (rm2500.00 kalau x silap,beli dengan pos)

Cara permohonan
==============
1.Surat rasmi
-sertakan alamat dan daftar niaga
-jarak antara pejabat pos yang sedia ada (tidak kurang dari 15km)
-bilangan rumah penduduk setempat(tak kurang 1000 buah rumah)
-tandatangan dan cop penghulu(sebagai sokongan permohonan)
2.Permohonan mesti dihantar ke pejabat pos besar negeri yang dipohon.
3.Untuk lebih kepastian pergi ke pejabat pos negeri,tanya lebih detail.
Bayaran elaun yang diterima pengusaha
============================
1.setiap satu kutipan bil dibayar 20sen sahaja.
2.bergantung kepada jumlah kutipan bil
(byk bil byk lah elaun)
3.mengurus surat n penjualan barang2 pos seperti setem or wang pos dan
sebagainya. (elaun biasanya sekitar rm150 sahaja)
'''oleh kerana keuntungan yang tidak banyak maka pihak Pos Malaysia menwajibkan pengusaha pos mini menjalankan perniagaan lain,tidak tertumpu kepada pos sahaja'''permohonan tidak akan diluluskan sekiranya tiada bisnis lain.
Dimana kita dapat kelebihan dalam mengusahakan pos mini ni
1.kedai kita jadi tumpuan org ramai,coz nak gi bayar bil or beli bayar produk
pos.
2.kita boleh menjual pelbagai jenis barangan runcit,aksesori telefon dan sebagai.
3.yang pasti orang akan datang ke kedai kita.coz perkhidmatan yang disediakan.
====sebulan paling banyak saya dapat elaun dari pos setakat ni adalah RM700.00 sahaja=====
inilah adalah salah satu stategi perniagaan yang baik dua or tiga dalam satu.
itu sahaja ikhlas dari saya.lebih detail pergilah ke pejabat pos negeri masing2
insyallah mereka sentiasa sedia melayan anda.
-diambil dari bicarajutawan
caner skang?ada hati lagi x nk buka pejabat pos mini?hahaha..surrender ar…

Thursday, January 5, 2017

Parcel Ezbuy

 saya order tilam kereta sampai selepas berangkat ke langkawi.. niat nak pakai masa ke langkawi.. tapi lambat sampai tidak seperti jadual.. sangat kecewa.. nanti guna buat balik kg jela.

tapi minat ke anak aku nak duduk atas benda ni.. hurm hemtam saja lah nakk..

barang pertama sampai order dekat ezbuy.. barang memang murah.. ship plak lama..walhal kos ship Rm8 + Rm8.80+ caj ship domestic china (ada caj ada tak caj.. biasa tak lebih Rm6)



Bila rasa curiga..

keep the copy..

al kisah nya.. bil air bila duduk flat ni rasa tbeban plak.. kalau duduk rumah teres tak kena bayar..

terbeban nya bukan ape.. rasa macam mahal sebab tariff air ni terlampau tinggi.. nama je flat kos rendah tapi bil air tarif mahal tak semena.. padahal sekarang duit maintenance pun dah kena bayar.. tak caj air pun tinggi lagi.. krjn negeri pun tak kan tak nampak keadaan penempatan tu macam mana..tak kan caj tinggi sangat..kalau industri tak apa jugak nak caj tarif tinggi pun.. ke pihak pengurusan flat yang sengaja meletakkan harga yang tinggi semata-mata nak bare u punya kos pengurusan. duit maintenace bulan-bulan tu tak kan tak cukup. kebersihan memang out.. kalau puas hati tu tak pa jugak bayar bulan-bulan. ke aku ke kuat komplen. ke orang lain tak kisah kalau tinggal dalam sampah. hurm..for me..kalau keluar duit untuk sesuatu.. aku kena pastikan aku puas hati..

tak apa lah.. setahun saja kntrak rumah sewa ni. insyallah lepas ni dapat lah duduk rumah sendiri. insyallah dipermudahkan segala urusan rumah kedua ku.. amin.. mohon bantuan ya allah..

kepada mu aku berserah..


aku up gambar dan delay bayar bil bukan ape.. aku nak tengok rekod bacaan air sahaja.. dari dulu bacaan 800 ingga 842 aje. curiga plak rasakan nya takut-takut lah korang ni bacaan bertindih-tindih..huhu.. curiga saja tak salah.. saya tidak menyalahkan siapa-siapa. 

mesti orang curiga juga.. yang kau up cerita ni bagai dah kenapa kan.. aku bukan ape.. bila bayar bil dia bagi resit tp dia tak sebut @ tulis pun meter bacaan sebelum dan selepas. so aku tak ada rekod.. rekod yang aku up ni plak ni ambik balik.

sebab tu lah aku snap gambar dan kumpul sampai tertunggak..haha. ko potong air aku nanti.. masak lah kena on the spot sambung balik.. kan ke menyusahkan kau.. aku bukan tak ada duit. saja je nak buat kajian. sekiannn...

Pantai Teluk Ketapang

my baby sangat takut dengan air bergerak..

PHOTO PHOTO LANGKAWI AJE

hari pertama selepas mandi.. lewat mandi almaklumlah waktu check in pkul2 petang..hehe





















gambar diatas semasa berada di air terjun telaga tujuh





kami mau pergi ke pulau menaiki bot.. yahooo..




Monday, January 2, 2017

Cuti dan Cuti lagi (Langkawi la kita)

Wou wou wou..

sebut cuti siapa tak suka kan kan..

penutup dan pembuka bagi tahun 2016 dan 2017..

hari pertama

bertolak ke langkawi dari puchong ke kuala perlis pukul 2.30pagi..hehe target smpai pagi terus naik feri sj.

mula2 pastikan tangki kereta penuh. tak sangka plak masa bertolak tu harga minyak murah tp masa nak balik tu minyak naik harga 20sen..hoho hadiah tahun baru..

okey now saya share pengalam saya selama 3hari 2malam di langkawi.

mula-mula bertolak dari puchong pukul 2.30 pagi dan sampai 9.30 pagi dekat jeti kuala perlis dan park kereta utk 3hri.

lepas tu naik feri pkul10.30,


my baby ni terlajak ramah. dapat ibu angkat sorang



kami sampai di jeti langkawi pada JAM12 tu terus pergi ambik kereta sewa dekat parking kereta berdekatan dengan lembaga hasil.

sampai je ambil benda ni dulu. alamak lupa nak rotate..haha.. layan jelah kertas anakku telah koyakkan..huhu

ni ketua kami utk jalan-jalan di langkawi

lepas tu kami check ini ke homestay pkul1 lebih.







kami bersiap mandi manda dan teruskan trip ke kedai makan. perut mintak tolong diisi kerana sudah lewat dekat pkul3 sudah..

lepas makan kami ke pantai RHU. pantai yang sangat cantik tapi kesepian. kami hanya pergi bergambar sahaja.













lepas tu kami terus pergi ke cable car. tiket RM35 termasuk skybridge. klau package lain harga. sampai sane u olls boley usha.





















after that kami ke pantai cenang. dekat sane terlampau banyak kedai makan tepi2 pantai. sampaikan nak menikmati pantai pun tak nampak dek mata. kena masuk lorong2 tertentu. tp sy gagal jumpa lorong yang orang ramai sedang menikmati pantai.

selepas puas pusing dekat pantai cenang kami terus ke bandar kuah untuk membeli coklat di kedai sepupu. lepas tu singgah dekat pasar malam. beli sedikit makanan untuk dinner di rumah sahaja..
habis sudah trip untuk 1hari 1malam.

keesokan pagi kami keluar dari rumah jam 10pagi. singgah dekat haji ismail group beli barang2 lepastu ke dataran Lang untuk bergambar. bila sampai jam12 kami pun serah kereta dekat parking kereta mula-mula kami ambil kereta. kiteorang tak terus ambil kereta untuk next trip sebab kite orang nak ke pulau selama 4 5jam. so petang lepas pusing pulau jam 6ptg baru ambil kereta kedua dengan kenalan sepupu.


















































semasa di pulau.. very nice moment. naik bot lebih kurang 20minit. fuhh ombak nya bukan main gelora. nasib baik my baby sleep. dia mmg sgt bagus..hehe.






kite orang melawat 3 pulau.

mula-mula pulau basah mandi manda









lepas tu kami tgk bukit dayang bunting dan kami pin ke tasik bayang bunting. mandi manda lagi dekat tasik tu..lalala memong mandi saja hari tu.











lepas tasik bayang bunting kami pun pergi ke next pulau tgk helang sedang makan makan sambil menyambar-yambar ikan. seronak dia menjamu selera.. :)

selepas habis 3pulau tu kami pun pulanglah. time balik ombak sangat baik..haha. maksudnya tak menganas la..



bila sampai jeti my husband pun ambil kereta sewa untuk hari kedua dan ketiga.


balik rumah dulu siap2 mandi basuh baju lepas tu jalan-jalan2 lagi ke pantai cenang dan singgah lah pusing-pusing dalam cenang mall teman my baby makan nasi ayam KFC. bila dah kenyang saya pun cari lah port untuk makan makan seafood bagi orang-orang yang dah tua bangka..haha (ayat jahat).

lepas makan kite orang pun pulang lah untuk beradu tenaga yang telah habis seharian berjalan.

last day. siap-siap kemas untuk check out. check out pkul10 lepas tu cari makan utk sarapan pagi. ke kak yan lagi kami. makan pagi v/s tghari terus..hihi.

lepas makan. ke cable car semula sebab adik berniat nak naik benda alah tu semata-mata nak bergambar dekat skybridge namun kempunan jua sebab hari tu ramai giler orang beratur. so kami pun change plan ke air terjun 7 telaga.






bila sampai sne, siap-siap packing untuk mandi. ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujang jua. tapi tak menganggu rancangan cuma sangat-sangat lah mencabar fizikal. tangga dia punya lah tinggi. nyaris-nyaris putus asa. namun tetap berusaha sampai ke atas.. huhu krem habis semua otot-otot. almaklumlah tak exercise...hehe








tapi bila berada di atas sangat lah seronak..

pkul3.30 petang kite orang pun berangkat pulang ke jeti. sebelum tu singgah makan petang kenduri mertua sepupu dahula dekat mahsuri kedai ada udang besar 2 ekor tepi jalan tu. best jugak masakan nya. menyesal plak malam masa makan di aliah seafood tu xmakan dekat kedai sepupu..huhu.

lepas isi perut kami pun ke jeti untuk pulang. ambil tiket pukul6.15 dan sampai jeti kuala perlis pukul7.30. sempat lah adik dan member2 nya naik bus pukul8 ke kuala terengganu. saya plak naik kereta ke puchong selangor untuk mencari rezeki lain untuk next trip to singapore... (insyallah)

leloh deh nye pakat cari keje

kami balik dulu..penat sangat la dia..haha



kos-kos perjalanan ke langkawi 3hri 2mlm..
1. minyak kereta pergi RM70.00 isi tapi ada baki lagi RM20
2. time balik isi RM70.00 lebih jgk ada jgk baki RM20.. so jumlah minyak sahaja RM100 pergi dan balik..jimatkan.. tips jimat minyak...jangan tekan minyak melebihi 120km/j..haha kebetulan tayar kereta tak elok..so landai2 la bawak kereta..alhmdulillah semua selamat sampai dan pulang.
3. Tol sebelum bayar cash hulur RM50 dan topup RM100.. semua sekali RM150 ada baki RM30 tolak tambah lbh kurang. So anggaran Tol RM120 pergi dan balik.. alahai baguskan minyak lebih murah daripada tol..bila la malysia nak buat LRT ke seluruh negeri.. tapi kesian jugak dengan pengangkutan bus. tak boleh cari makan la driver bus kite nanti..huhu..
4. parking kereta dekat kuala perlis RM30 untuk 3hari. RM10 sehari. yang ni parking tidak berbumbung. kalau parking berbumbung RM15 sehari.. baik tak bumbung la.. boleh jimat utk duit naik feri..haha
5. tambang feri RM18 satu kepala. kami 3orang RM36 sahaja. my baby free tak perlu bayar sebab umor bawah 3tahun..
6. Homestay RM140 satu malam. saya sewa untuk 2malam so total kos RM280. kami pergi 7 orang dewasa. so seorang RM20 sekepala la.. kami 2 orang husband and wife RM80 untuk homestay.
7. kereta sewa RM100 (deposit 50) sehari..dan tukar kereta untuk hari kedua RM80 (deposit 100) (saya dapat diskaun sebab ada sepupu dekat sana) dia tlg carikan..:).. bila kami hitung kira,, jika bawak kereta sendiri tambang 1.5cc kebawah RM260 tidak termasuk tiket pnumpang. so saya ambil keputusan untuk sewa avanza muat untuk 8orang dengan selesa. minyak RM50 untuk pesing2 langkawi. jumlah kami 2orang naik kereta RM32.86sen.
8. trip ke pulau RM25 satu kepala. 2orang RM50.
9. RM3 satu kepala semasa di tasik bunting. dulu tak perlu bayar. sekarang dh kne bayar plak..hoho xpela..mgkn untuk kbersihan pulau. 2 3hinggit tu tak kisah sangat la.
10. anggaran makan kami 3orang termasuk baby 1 tahun lebih ni banyak jgk. antaranya adalah mula2 sampai tu makan dekat kedai Nasi Kak Yan Rm20
11. kos makan 3hari 2malam hari pertama di kedai kak yan RM20, malam ke pasar malam RM10, hari kedua RM20 dekai medan selera lembaga Hasil, malam kedai Aliah seafood RM20 dan KFC RM15 untuk anak, hari ketiga makan pagi vs tghari di keadai kak yan RM35. Petang singgah kenduri kedai sepupu. rupanya kedai belakang homestay kite orang sahaja. jumlah kos makan RM120.00.
12. kos parking dekat langkawi RM2 dekat cenang mall, RM3x2 hari dekat sky bridge dan RM2 dekat air terjun 7 telaga. jumlah keseluruhan RM10.
13. keseluruhan kehabisan duit untuk 2orang bagi perkara di diatas adalah RM691.00. RM800 habis sudah buat beli2 susu anak serta barang2 anak dan hulur sana sini.
14. Cash buat keluar RM800. baru nampak kemana pergi mengalir kalau buat macam ni..
15. Shoping keseluruhan termasuk cash dan kad kredit keseluruhan habis RM500. yang saya beli beg tarik Rm150, periuk panggang tu jejama apa tak ingat. harga nya RM90. kain batik jawa 2 RM26. ubat, pisau, coklat (kami membeli di haji ismail group dan chocolate shop dekat lebaga hasil kedai sepupu kite orang) dan lain2 lagi banyak lagi dibeli. RM500 tu kira lebih kurang sahaja.

HARAP MAKLUM> GAMBAR SPONTAN SAHAJA YA. CANTIK KE TAK I DONT CARE. YANG PENTING HEPI HEPI SAJE..:)

ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...