Monday, January 10, 2011

futSaL

time blajar dulu aku ni x la berapa aktif tp aku suke jgak attend aktiviti2 mcm nie.. ikut mood la kot..huhu.

aku yang mana satu ek..hehe

nie my friend.. love u all..


ICT














Sembilan sekolah terjejas dibuka semalam

HULU TERENGGANU: Sembilan sekolah di daerah ini yang ditutup akibat banjir Khamis lalu dibuka semula semalam kecuali Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadok kerana keadaannya amat teruk.
Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Shafruddin Ali Hussin berkata, sembilan sekolah yang sudah dibuka ialah SK Lubuk Puyuh, SK Matang, SK Bukit Tadok, SK Teris, SK Kuala Jeneris, SK Lerek, SK Sungai Buluh, SK Kuala Ping dan SK Kua.

Beliau berkata, semua sekolah di daerah ini ditutup Khamis lalu kecuali sekolah di kawasan pekan Kuala Berang.
“Sepatutnya SK Bukit Tadok sudah dibuka hari ini (semalam) tetapi disebabkan kawasan sekitar dan dalam kelas begitu kotor serta tidak terurus maka pihak sekolah membatalkan sesi persekolahan dan akan dibuka esok (hari ini).

“Walaupun ditenggelami air hampir satu meter, kita bersyukur kerana tiada barang yang rosak cuma pagar gelanggang bola tampar mula bergoyang serta lantai pecah dan ia akan dibaiki secepat mungkin sebelum berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Nurul jalani bedah wajah

KUALA TERENGGANU: Selepas sekian lama menanti, mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan wajah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.
Kejayaan pembedahan itu disambut dengan linangan air mata ibunya, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang ditemui di pekarangan hospital kira-kira sejam selepas anaknya dibawa keluar dari bilik pembedahan pada jam 6 petang.

Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan membuang parut dan menampal kulit muka diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr Najiha Syarida Zakaria dengan dibantu beberapa pembantu perubatan hospital berkenaan.
Che Ku Huzaimah berkata, anaknya dimasukkan ke bilik pembedahan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan dibawa keluar pada jam 6 petang.

“Tiada apa yang dapat saya katakan kecuali mengucap kesyukuran dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sejak penderitaan kami disiarkan.

“Alhamdulillah, semuanya selamat namun buat masa sekarang Lin (nama panggilan Nurul) dalam keadaan separuh sedar kesan ubat bius,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, sejak keluar dari bilik bedah semalam, anaknya memberitahu dia berasa sakit dan sesekali merengek.

“Memang sedih melihat keadaannya tetapi dalam masa sama saya gembira kerana semuanya selamat dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Harian Metro 16 Ogos lalu melaporkan mangsa cedera teruk pada wajah dan bahagian badan terkena simbahan asid oleh bapa sendiri di rumah mereka di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.

Turut mengalami kecederaan dalam insiden jam 1.45 pagi itu ialah Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta neneknya, Minah Omar, 57.

Che Ku Huzaimah berkata, selepas menjalani pembedahan, anaknya dimasukkan ke wad kebakaran dan doktor masih memantau tahap kesihatannya itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang komplikasi selepas pembedahan.

Difahamkan, pembedahan kanak-kanak itu membabitkan pengambilan kulit paha kanan mangsa yang ditampal pada parut di kiri mukanya.

Sunday, January 9, 2011

Berzikir berpegangan tangan dalam bulatan

KEMAMAN: Hanya zikir dan doa mengingat Allah SWT meniti di bibir 15 daripada 16 mangsa yang menganggap mereka ibarat mati hidup semula apabila terselamat selepas terapung kira-kira 16 jam sebaik bot dinaiki karam dipercayai bocor di bahagian enjin, kira-kira 6.30 petang kelmarin.
Kejadian membabitkan bot jenis katamaran yang ketika itu dalam perjalanan membawa 15 pelancong dalam perjalanan pulang ke jeti Kuala Dungun selepas melakukan aktiviti selam di Pulau Tenggol. Sepanjang terapung di laut, semua mangsa mendakwa melihat kelibat bot lain tetapi tidak mengendahkan mereka sehinggalah seorang daripada mereka iaitu Loo Kit Choong, 54, bertindak berani membuka jaket keselamatannya. Loo terpaksa memperjudikan nyawanya kerana ketika itu hanya dia masih bertenaga dan melambungkan jaket keselamatan sebelum objek itu dilihat anggota Pasukan Gerakan Marin yang kemudian segera menyelamatkan mereka. Selain itu, penyelam, Badrulhisham Shariman, 40, turut menggunakan segala kudrat yang ada untuk memastikan mereka mengikut arus dengan menguak kakinya kerana ketika kejadian hanya dia masih memakai ‘flipper’. Semua mangsa dikatakan berada dalam kumpulan dan memegang erat antara satu dengan lain dalam satu bulatan sambil berzikir dan melambung-lambungkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang turut terapung bersama mereka. Semua 16 mangsa dilaporkan hilang ditemui terapung kira-kira 16 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang iaitu lapan batu nautika dari Pulau Tenggol, semalam.

Sementara itu, pemandu bot berkenaan, Zul Fadhly Yahya, 29, berkata bot yang dikemudinya itu tiba-tiba menjadi perlahan pada jarak kira-kira lapan batu nautika dari Jeti Kuala Dungun. “Apabila toleh ke belakang saya nampak enjin bot hampir tenggelam dan air mula memasuki badan bot,” katanya di Jeti Marin Wilayah Timur di sini, semalam.
Menurutnya, dia mengambil keputusan berpatah-balik ke Pulau Tenggol namun botmenjadi semakin perlahan dan apabila air semakin banyak memasuki badan bot, dia mengarahkan semua penumpangnya terjun dari bot. Katanya, semua penumpang berjaya keluar hanya beberapa saat sebelum bot tenggelam sepenuhnya dan mereka membuat formasi dalam bentuk bulatan dan saling membantu antara satu sama lain. “Waktu itu bot sudah senget. Saya risau jika mereka tidak terjun, mereka akan tenggelam bersama bot,” katanya. Katanya, semua penumpang berjaya keluar hanya beberapa saat sebelum bot berkenaan tenggelam sepenuhnya dan mereka membuat formasi dalam bentuk bulatan dan saling membantu antara satu sama lain.

Acu pisau di leher anak

KUALA TERENGGANU: “Saya beritahu mereka tolong jangan apa-apakan anak saya, kalau jadi apa-apa pada dia, saya tidak akan melepaskan mereka.
“Ketika itu, pisau sudah berada di leher anak perempuan saya, namun seorang daripada penjenayah meletakkan jari pada mata pisau sebaik saya berkata demikian,” kata mangsa samun Nor Azlina Jaafar, 43.

Kejadian berlaku selepas rumahnya dekat Kampung Binjai Manis, dekat sini, dipecah masuk dua lelaki bertopeng jam 3.30 pagi semalam.
Nor Azlina berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama anaknya, Siti Nur Farahin Omar, 4, yang terjaga daripada tidur beberapa minit sebelum itu selepas anaknya itu ingin membuang air.

“Ketika masuk tidur semula, tiba-tiba saya melihat ada yang sedang meninjau ke dalam bilik dan ketika itulah saya terkejut sebelum mereka menerpa sebelum saya mendakap anak.

“Selepas itu, seorang daripadanya mengeluarkan pisau lalu meletakkan pada leher anak saya menyebabkan saya meminta supaya dia tidak diapa-apakan sebelum mereka menggeledah rumah.
“Mereka kemudiannya mengambil wang tunai RM300 dan syiling daripada dua tabung selain barangan kemas serta sebuah telefon bimbit,” katanya.

Sebaik memperolehnya, kedua-duanya melarikan diri dan saya hanya terdengar bunyi motosikal beredar sebelum berlari mendapatkan bantuan jiran.

‘Kawan’ abang bawa pedang

KUALA TERENGGANU: Sebuah keluarga di Kampung Jeram, Manir, dekat sini, bukan saja terganggu kerana terjaga daripada tidur ketika dikunjungi lima lelaki kira-kira jam 2 pagi, malah dikejutkan dengan tragedi apabila dua ahli keluarga mereka cedera.
Betapa tidak, ‘kunjungan berdarah’ berkenaan nyaris meragut nyawa dua beradik apabila kumpulan berkenaan membawa bersama dua pedang samurai sebelum mengamuk.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian bermula apabila kumpulan lelaki berkenaan mengetuk pintu sebelum penghuni rumah keluar.
Menurutnya, kedua-dua pihak berkenaan mulanya bersembang secara baik sebelum menjadi semakin tegang dan berlaku pertengkaran.

“Ketika bersembang dan memberitahu niat mereka mencari seorang ahli keluarga itu dan diberitahu bahawa yang dicari tiada menyebabkan kumpulan terbabit berang lalu meluru masuk ke rumah sambil membawa pedang.

“Waktu itulah mereka melibas pedang beberapa kali mengakibatkan dua beradik berusia 25 dan 30-an cedera,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis percaya kejadian akibat dendam kumpulan lelaki berkenaan dengan seorang abang mangsa dan ia disyaki berkaitan kerja sebagai penarik kereta.

Harian Metro difahamkan, serangan dilakukan membabi-buta menyebabkan hayunan pedang terkena bahagian kaki dan tangan dua mangsa sebelum kumpulan lelaki itu melarikan diri.
Difahamkan, tiga lagi rakan suspek menunggu di luar.

Beberapa ahli keluarga tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian terlalu pantas dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan.

Laporan polis dibuat isteri seorang daripada mangsa dan polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan semua suspek.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati beberapa tompokan darah masih berada di pekarangan tangga rumah mangsa, namun usaha mendapatkan maklumat mengenai kejadian daripada ahli keluarga gagal dan mereka menyifatkan kejadian itu sebagai pergaduhan kecil.

10 tahun tak pulang

KEMAMAN: Satu keluarga di Taman Permai, Bandar Ceneh Baru, di sini, merayu saudara perempuan mereka, Norhayati Said, 43, yang lebih 10 tahun menghilangkan diri kembali ke pangkuan keluarga kerana mereka merinduinya.
Anak saudara wanita itu, Khairul Anwar Ramli, 30, berkata mereka tidak putus harap mencari Norhayati demi memenuhi amanah bapanya yang gigih mencari adik kandungnya itu hingga dia meninggal dunia, dua minggu lalu.

“Saya akan meneruskan hajat bapa mencari adik perempuannya itu dan kami harap emak saudara kembali ke pangkuan keluarga selepas membaca berita mengenainya menerusi akhbar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Khairul berkata, arwah bapanya berusia 53 tahun, tidak putus-putus menyebut nama ibu saudaranya itu sehingga meninggal dunia dua minggu lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang kerana sakit jantung.

Katanya, arwah bapanya mencari adiknya itu hingga ke Kuantan, Pahang, tetapi usahanya menemui jalan buntu.

Khairul berkata, alamat terakhir ibu saudaranya itu di D-348 Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu dan ketika itu dia bekerja di sebuah kilang. “Kali terakhir kami bertemunya lebih 10 tahun lalu di Kuala Terengganu dan ketika itu dia bekerja di sebuah kilang. Ketika itu dia masih bersuami, tetapi sebelum menghilangkan diri keluarga dimaklumkan yang mereka sudah bercerai.


“Kami sekeluarga tidak membuat laporan polis kerana masih mengharapkan kepulangannya dan sehingga kini, ibu saudara belum pulang walaupun pelbagai usaha mencarinya dilakukan,” katanya.

Khairul berkata, keluarganya meminta sesiapa mengenali atau melihat ibu saudaranya itu menghubunginya di talian 012-6767649 dan masih berharap Nurhayati pulang ke sisi keluarga serta menziarahi kubur abangnya, Ramli.

Bumbung terbang dipukul ribut

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berserta ribut yang melanda bandar raya ini sejak kelmarin hingga awal pagi semalam menyebabkan beberapa rumah dan kedai rosak akibat bumbung diterbangkan angin selain ditimpa pokok.
Lima rumah dan sebuah kedai keropok lekor di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok membabitkan sebuah rumah di Kampung Kolam dan Gong Tok Nasek selain tiga rumah Kampung Rajawali serta sebuah kedai keropok lekor di Kuala Ibai rosak.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sebuah rumah rosak ditimpa pokok manakala selebihnya tercabut bumbung serta mengalami kerosakan kecil.

Katanya, beliau meminta pihak kontraktor membuat penilaian kerosakan semua rumah terbabit kerana pembaikan segera rancang.

“Kerajaan negeri memberi jaminan akan bantu semua mangsa dan kita akan dapatkan senarai sebenar rumah yang terbabit dengan kejadian itu,” katanya.

Saturday, January 8, 2011

Blogger dakwa dipukul depan masjid



MASJID Rusila tempat AdukaTaruna mendakwa dia dipukul.


KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.
AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.
Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.

twilight









dkt kilang csr.....

jln tu kne hti2 tau.... ikut susunan yer...hahaha......












jalan2 cri case study at klang...










ANAK KU ANAK ASUHAN PASTI

  Macam-macam hal berlaku dimalaysia ni tapi saya hanya berminat untuk ulas isu ni. Pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Isla...